CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 207|Reply: 0

[Pulau Pinang] Agama Islam tidak harus diperalat parti politik untuk kuasa memerintah - Mufti PP

[Copy link]
Post time 5-6-2023 06:15 PM | Show all posts |Read mode
Agama Islam tidak harus diperalat parti politik untuk kuasa memerintah - Mufti PP


Siti Aminah Mohd Yusof
[email protected]



MUFTI Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor. FOTO NSTP.




Georgetown: Tidak wajar bagi seorang agamawan atau ilmuan agama memberi pandangan yang mengharuskan agama Islam diperalatkan oleh mana-mana parti politik bagi mendapat kuasa memerintah.

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, hakikat yang mesti difahami semua ialah Islam sebagai agama yang diwahyukan Allah SWT lebih besar dan unggul daripada mana-mana organisasi politik yang ditubuhkan oleh manusia.

"Justeru sifat agama Islam itu adalah sakral (suci), manakala parti politik tidak sakral atau terpelihara daripada kekurangan, kelemahan dan kesilapan.

"Mesti juga difahami bahawa tujuan Islam di dalam politik bukan semata-mata untuk menguasai tampuk pemerintahan, tetapi bertujuan menegakkan prinsip unggul dikehendaki syariah iaitu kebebasan, keadilan, kebajikan untuk rakyat, membasmi kemiskinan, memerangi rasuah dan seumpamanya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Salim berkata, ajaran Islam menyediakan arahan, bimbingan dan kaedah tersendiri supaya dilaksana bagi mencapai matlamat menegakkan negara contoh yang didambakan atau 'Baldatun tayyibatun wa Rabbun Ghafur' iaitu sebuah negara yang baik, aman, makmur serta mendapat keampunan Tuhan.

Beliau berkata, begitupun sifat agama Allah SWT yang sempurna dan mencakupi segala aspek tidak bererti memberi lesen kepada mana-mana pihak menunggang agama kerana ingin mencapai matlamat yang dicita-citakan.

"Ini demi untuk mengekalkan ketenteraman awam dan hubungan yang harmoni antara seluruh warga negara Malaysia yang berlainan etnik, anutan agama dan budaya kaum masing-masing.

"Hanya dengan suasana sedemikian negara mampu mengorak langkah menuju kemajuan dan kemakmuran," katanya.

Wan Salim berkata, maka titah ucapan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mengingatkan rakyat agar tidak menjadikan agama sebagai polemik dan perbalahan politik harus diambil perhatian serta dipatuhi semua pihak terutamanya pemimpin politik.

Dalam titah sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong semalam, Seri Paduka turut mengajak semua pihak membuang agenda retorik perpecahan dengan bersatu hati untuk mengemudi negara ke arah pembentukan masa hadapan lebih baik.



Disiarkan pada: Jun 5, 2023 @ 5:58pm














Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.033048 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list