CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 220|Reply: 0

[Kedah] Tiga kereta di bahu jalan musnah terbakar

[Copy link]
Post time 6-6-2023 10:57 AM | Show all posts |Read mode
Tiga kereta di bahu jalan musnah terbakar


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Jun 6, 2023 @ 9:12am [email protected]




Tiga kereta yang diletakkan di bahu jalan di Jalan Datuk Kumbar, musnah dalam kebakaran. - NSTP/Ihsan Bomba




ALOR SETAR: Tiga kereta yang diletakkan di bahu jalan di Jalan Datuk Kumbar, di sini musnah dalam kebakaran, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Abdul Rahim Che Omar, berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah menerima panggilan berhubung kebakaran kenderaan pada jam 2.07 pagi.

Beliau berkata, sebuah jentera dan sebuah EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar bersama Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Mutiara serta Tanah Merah dihantar ke lokasi kejadian kebakaran.

"Komander Operasi melaporkan kebakaran itu membabitkan tiga kenderaan yang diletakkan di bahu jalan.

"Tiga kenderaan yang terbabit dalam kejadian itu adalah Proton Satria, Hyundai dan BMW," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abd Rahim berkata, bagaimanapun kebakaran itu tidak membabitkan mangsa dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Beliau berkata, setakat ini Pasukan Forensik Dari JBPM Kedah sedang melakukan siasatan termasuk peratusan kebakaran ketiga-tiga kenderaan terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata siasatan masih dijalankan berhubung kejadian itu oleh pihak bomba setakat ini.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.034907 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list