CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 164|Reply: 0

[Melaka] Akauntan didakwa pukul isteri lepas 'kantoi' kahwin lain

[Copy link]
Post time 13-6-2023 06:22 PM | Show all posts |Read mode
Melaka: Akauntan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas pertuduhan memukul isterinya disebabkan mangsa mengetahui dirinya dimadukan, Mac lalu.

Tertuduh, Norazlan Md Ali, 60, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan dan diterangkan di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera terhadap isterinya, Zaharah Mustapa, 58, di dalam BMW X1 di kawasan lampu isyarat di Bukit Katil pada 25 Mac lalu, jam 5.30 petang.

Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, J Banusha mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa atau saksi kes.

Peguam Muhammad Izzuddin Ab Malek dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan memohon jaminan rendah kerana tertuduh hanya bekerja sebagai akauntan dan menanggung isteri serta enam anak.

Katanya, tujuan jaminan adalah memastikan kehadiran tertuduh pada tarikh sebutan kes dan tidak wajar ditetapkan tinggi selain anak guamnya juga kini tinggal berasingan dengan mangsa.

Selepas mendengar rayuan kedua belah pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 berserta syarat seperti dipohon pendakwaan.

Kes ditetapkan untuk sebutan pada 20 Julai depan.

Difahamkan siasatan polis mendapati kejadian berpunca apabila mangsa mendapat tahu suaminya berkahwin lagi secara rahsia dan berlaku pertengkaran hingga mangsa ditampar dan ditumbuk lelaki itu.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kantoi-kahwin-lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.103357 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list