CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 274|Reply: 0

Saat ngeri jentera MotoGP terbelah dua

[Copy link]
Post time 17-6-2023 01:14 PM | Show all posts |Read mode
Saat ngeri jentera MotoGP terbelah dua


Kemalangan ngeri membabitkan Marc Marquez dan Johann Zarco pada sesi latihan GP Jerman di Litar Sachsenring semalam. – Foto AGENSI



SACHSENRING, Jerman: Peminat MotoGP seluruh dunia dikejutkan apabila menyaksikan kemalangan yang mengerikan semalam bila mana Marc Marquez terjatuh sebelum dilanggar Johann Zarco.

Sesi latihan Grand Prix Jerman di Litar Sachsenring berbaki tiga minit apabila jentera Zarco terbelah dua sebelum pegawai menghentikan terus sesi itu.

Marquez, 30, bersedia untuk membelok ke kanan di satu selekoh tetapi dia hilang keseimbangan lalu terbabas ke tepi litar.

Ketika dia terbabas dari litar, jenteranya bertembung dengan jentera Zarco, 32, yang berada di belakangnya.

Apa yang mengejutkan ramai jentera Zarco terbelah dua, sesuatu yang jarang berlaku dalam perlumbaan MotoGP sebelum ini.

Marquez segera bangkit sambil berlari semula ke arah litar untuk meneruskan latihan dengan menggunakan jentera keduanya tetapi bendera kuning bertukar kepada merah dan sesi itu ditamatkan.

Zarco mengambil sedikit masa sebelum bangkit semula, tetapi selepas marsyal datang untuk memeriksa keadaannya, dia boleh berdiri dan keluar dari litar.

Susulan kemalangan itu, seorang pengguna media sosial berkata: "Amat luar biasa cara mereka berdua berjalan selepas itu!!!!"






Seorang lagi berkata: "Mengerikan. Tetapi gembira (mereka) bangun dan berjalan."

"Perlumbaan pantas tetapi keselamatan harus sentiasa diutamakan. Gembira melihat kedua-duanya, berharap dapat melihat mereka kembali beraksi tidak lama lagi," tulis seorang lagi pengguna media sosial.

Juara dunia MotoGP enam kali, Marquez hanya meraih 15 mata daripada enam perlumbaan pertama musim 2023.

Zarco menghuni tangga kelima dengan 88 mata, 43 mata di belakang pendahulu kejuaraan, Francesco Bagnaia. – AGENSI

Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... motogp-terbelah-dua

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.330957 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list