CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 321|Reply: 1

[Wilayah Persekutuan] Sah bukan nombor sebenar, JPJ gesa pemilik McLaren tampil buat laporan

[Copy link]
Post time 18-6-2023 05:14 PM | Show all posts |Read mode

RAKAMAN gambar yang tular di media sosial. FOTO tular media sosial

Kuala Lumpur: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur menggesa pemilik kenderaan mewah McLaren yang tular minggu lalu tampil membuat laporan.

JPJ KL menasihati pemilik kenderaan terbabit membuat laporan polis susulan gambar kenderaannya tular dalam kejadian membabitkan suami artis popular minggu lalu.

Jabatan itu turut mengesahkan nombor plat yang dikatakan milik kenderaan buatan Mclaren itu bukan nombor sebenar dan pemilik berdaftar pula orang berbeza.

"Adalah menjadi kesalahan untuk mempamerkan nombor pendaftaran yang bukan kepunyaan kenderaan berkenaan mengikut Seksyen 108(3)(F) Akta pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya kepada BH.

Sebelum ini, suami kepada seorang pelakon dikecam teruk selepas tular videonya didakwa menghina kereta bukan supercar pada sebuah acara pertunjukan kereta baru-baru ini.

Sementara itu di media sosial, netizen mempersoalkan pemilik sebenar kenderaan mewah ditunjukkan suami pelakon berkenaan.

Netizen mendakwa nombor plat tertera dalam gambar itu bukan berdaftar atas kenderaan terbabit dan berdaftar atas nama syarikat yang tiada kaitan dengan suami pelakon itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tampil-buat-laporan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2023 05:25 PM | Show all posts
Macam-macam hal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.590870 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list