CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 264|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Keluar kenyataan hukum pihak tidak sealiran fahaman dikhuatiri cetus bibit perpecahan - Jakim

[Copy link]
Post time 28-6-2023 10:59 AM | Show all posts |Read mode

Datuk Hakimah Mohd Yusoff

Putrajaya: Tindakan mengeluarkan pandangan dan kenyataan bersifat menghukum pihak tidak sealiran fahaman dan ideologi, dikhuatiri boleh mencetuskan bibit perpecahan yang lebih serius serta mengancam keselamatan negara.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Hakimah Mohd Yusoff pihaknya amat khuatir dengan perkembangan berkenaan yang boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat dan mencemar kesucian ajaran Islam.

"Selaku Sekretariat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) serta badan yang diberi amanah dalam menjaga dan memelihara kesucian agama Islam di negara ini, Jakim amat khuatir dengan situasi ini.

"Sayugia diingatkan bahawa negara ini mempunyai pihak yang berautoriti dalam mengeluarkan pandangan hukum atau fatwa mengenai sesuatu perkara yang perlu dihormati oleh semua pihak," katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, Jakim menyeru semua pihak agar menjaga dan memelihara keharmonian hidup bermasyarakat berbilang kaum, agama dan ideologi dalam negara demi mencapai matlamat membina negara sejahtera selaras prinsip Maqasid Syariah, katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... huatiri-cetus-bibit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.306503 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list