CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 236|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Salute you' abang polis

[Copy link]
Post time 28-6-2023 11:00 AM | Show all posts |Read mode


WARGA emas yang juga penjual surat khabar jalanan disapa anggota polis. FOTO Tangkap Layar TikTok @mpvurb

Kuala Lumpur: Tindakan seorang anggota polis lelaki menyantuni warga emas yang juga penjual akhbar jalanan mendapat pujian netizen.

Ia kerana keramahan anggota polis berkenaan menyapa warga emas disapa 'Uncle' itu walaupun berlainan bangsa dan agama.

Menerusi perkongsian video di TikTok @mpvurb, kelihatan warga emas lelaki yang menjual akhbar di bawah payung disapa anggota polis.

Anggota polis yang sekadar merakam video tanpa mendedahkan wajahnya itu kemudian bertanya beberapa soalan kepada warga emas berkenaan bagi mengetahui latar belakang peniaga berkenaan.

Berdasarkan perbualan mereka, warga emas berusia 63 tahun itu memberitahu dia sudah berniaga di lokasi berkenaan sejak 20 tahun lalu.

Menurut lelaki berkenaan, rutin niaganya bermula seawal. jam 5.20 pagi hingga tengah hari atau lebih awal jika akhbar habis dijual.

Lelaki itu memberitahu dia sebelum ini dibantu isterinya namun berniaga seorang diri selepas pasangannya meninggal dunia pada 2012 akibat kemalangan jalan raya.

Sementara anggota polis berkenaan mendengar kisah warga emas itu dan memberi kata semangat kepadanya.

Sebelum beredar, anggota polis itu sempat menghulurkan sumbangan buat warga emas berkenaan.

"Saya ada hajat. Bukan bagi sedekah tapi hadiah. Lain kali jumpa lagi…," katanya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji anggota polis berkenaan selain menzahirkan perasaan kagum kepada warga emas itu yang masih gigih berniaga walaupun sudah lanjut usia.

"Alhamdulillah orang baik membantu tanpa mengira bangsa.

"Salute you (tabik kamu) abang polis," tulis pengguna TikTok dikenali ZalyRaptor.

"Saya bangga dengan anggota polis itu. KPN (Ketua Polis Negara) tolong naikkan pangkat anggota polis itu. Hidup Polis Diraja Malaysia (PDRM)," tulis seorang lagi pengguna TikTok dikenali Jiha.

"Terbaik tuan.. semoga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik untuk menjalankan tugas..," tulis pengguna TikTok, Izuan.

"Semoga urusan Uncle selalu dipermudahkan, sihat selalu demi menyara keluarga tercinta," tulis Din yang juga pengguna TikTok.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ute-you-abang-polis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.040217 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list