CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 278|Reply: 0

[Melaka] Satu jentera bomba datang tangkap ular halus

[Copy link]
Post time 3-7-2023 11:17 AM | Show all posts |Read mode

SEORANG anggota bomba memegang ular tedung selar sepanjang 50 cm yang ditemui di belakang sebuah rumah di Bukit Katil, Melaka, hari ini.

MELAKA – Seramai lima anggota bomba dikejarkan ke sebuah kediaman di Bukit Katil, dekat sini, selepas menerima panggilan kecemasan untuk perkhidmatan khas menangkap ular sepanjang 50 sentimeter.

Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan II (KUP) dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, Khairul Naim Abu Kasim berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 1.55 petang dan seramai lima anggota dikejarkan ke lokasi.

“Jentera sampai pada pukul 2.03 petang dan kita menjumpai ular kira-kira 50 sentimeter di belakang rumah berkenaan.

“Ular jenis tedung selar itu berjaya ditangkap kira-kira 8 minit kemudian dan pasukan balik semula ke balai selepas keadaan selamat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, difahamkan panggilan tersebut dibuat seorang lelaki berusia 30-an dan ular kecil itu dijumpai oleh pemotong rumput yang diupah untuk membersihkan kawasan semak di belakang rumahnya.

“Sebelum itu dua ekor kucing peliharaannya dikatakan tidak pulang ke rumah menyebabkannya khuatir sekiranya telah dibaham ular tetapi yang kita ditangkap itu terlalu kecil dan kebiasaannya hanya ular sawa yang membaham haiwan lain,” katanya.

Ujarnya, pemeriksaan lanjut turut dilakukan di sekeliling kawasan kediaman berkenaan bagaimanapun pasukannya tidak menjumpai bangkai kucing ataupun kesan kehadiran haiwan reptilia lain.

Khairul berkata, pihaknya sentiasa komited terhadap aduan-aduan kecemasan yang diterima dan tidak pernah memandang remeh kes apatah lagi melibatkan aspek keselamatan masyarakat. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... tangkap-ular-halus/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.073547 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list