View: 271|Reply: 0
|
[Selangor]
Minta dipanggil ‘abang’, wanita cemas diganggu pak cik ketika beriadah
[Copy link]
|
|

Tangkap layar lelaki berkenaan cuba berbual dan mengambil gambar bersama mereka.
PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi detik-detik cemas dia dan rakannya diganggu seorang lelaki semasa beriadah di sebuah taman rekreasi.
Menerusi pautan klip video yang dimuat naik @S0ftiexrin di akaun TikTok miliknya memaparkan, seorang lelaki duduk di sebelah mereka sambil memandang ke arah mereka berulang kali dan cuba berbual.
“Lelaki itu dah perhati kita orang dan semasa kawan baik saya nak hantar basikal. Dia tengok dua kali,” katanya.
“Lelaki tersebut juga meminta mereka supaya memanggilnya abang kerana mendakwa belum berkahwin.
“Ada ‘part’ yang lupa nak rakam, tapi dia tanya duduk dekat mana dan dia cakap ‘jangan panggil pakcik, panggil abang, belum kahwin lagi,” ujarnya.
Tidak lama selepas itu, lelaki terbabit bertindak lebih berani apabila cuba memaksa mereka untuk bergambar dengannya.
Bagaimanapun, lelaki tersebut dilihat beredar daripada kawasan itu setelah ajakannya untuk bergambar ditolak.
Justeru, dia menasihati wanita di luar sana supaya lebih berhati-hati dalam menjaga diri apabila berada di luar rumah.
“Ladies out there, please be careful (wanita di luar sana, tolong berhati-hati). Mohon teliti dengan apa yang jadi di sekeliling.
“Banyak manusia yang tua atau muda kadang tiada otak ‘approach stranger’, tambahan lagi paksa kita ikut kehendak dia.
“Kita di dunia yang tak lepas daripada perkara ini. Jangan ‘provoke’, ‘handle it softly’ supaya orang macam ini tak guna kekerasan,” ciapnya.
Perkongsian tersebut tular sehingga memperoleh lebih daripada satu juta tontonan dan 78,200 tanda suka. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... ik-ketika-beriadah/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|