CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 213|Reply: 0

[Pulau Pinang] Amree perlukan bantuan uruskan ibu hidap kanser limfoma

[Copy link]
Post time 7-7-2023 10:10 PM | Show all posts |Read mode
Amree perlukan bantuan uruskan ibu hidap kanser limfoma

Oleh    MOHD ISKANDAR OTHMAN   07 Julai 2023    08:09pm



Amree menguruskan ibunya, Rosiah yang terlantar disebabkan kanser limfoma yang dihidapi sejak tahun lalu.




KEPALA BATAS - Dugaan bersilih ganti terpaksa dihadapi oleh wartawan sambilan di Kota Aur, di sini selepas kehilangan bapanya pada pagi Hari Raya Aidiladha yang lalu dan kini perlu menjaga ibunya yang terlantar akibat kanser limfoma tahap empat.

Amree Ahamad, 47, berkata, bapanya Ahamad Khalid, 73, yang juga pesara polis meninggal dunia disebabkan sakit tua manakala ibunya juga pesara jururawat perbidanan di Hospital Bukit Mertajam pula disahkan menghidap kanser berkenaan sejak tahun lalu.

Menurutnya, disebabkan keadaan kesihatan ibunya, Rosiah Wahab, 73, kian merosot sejak kebelakangan ini membuatkan dia terpaksa meninggalkan seketika urusan kerja di ibu kota bagi memberi tumpuan penuh untuk menjaganya.

"Disebabkan tiada pendapatan tetap, saya dan kakak sulung Amalina Ahamad, 48, terpaksa menggunakan wang simpanan bagi menampung keperluan harian dan rawatan ibu.

"Ibu kini tidak mampu untuk uruskan diri sendiri dan memerlukan kami memberi sepenuh perhatian kepadanya selain perlu mengeluarkan perbelanjaan sendiri dari tabungan untuk membeli barangan keperluan seperti lampin pakai buang, susu khas, tisu basah serta lain-lain keperluan," katanya ketika ditemui Sinar Harian di kediaman ibunya di sini, pada Jumaat.

Amree berkata, dia yang sudah lebih sebulan berada di kampung kini buntu kerana tidak dapat memperoleh sebarang pendapatan selain perlu menyara isteri dan seorang anaknya yang kini menetap di rumah sewa di Bangi, Selangor.

Jelasnya, kakak sulungnya pula merupakan ibu tunggal dan berniaga kecil-kecilan sahaja.

"Memang agak runsing memikirkan wang simpanan semakin berkurangan disebabkan tidak mempunyai sumber pendapatan lain.


"Saya anggap ini ujian dan reda dengan ketentuan-Nya. Insya-ALLAH kami akan menjaga ibu dengan sebaiknya dan dapat menjalankan tanggungjawab sebagai anak sebelum ibu menutup mata,” katanya.

Orang ramai yang prihatin dan ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank milik Amree 162263746455 atau menghubunginya di talian 011-52212127.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.993978 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list