Yan: Lebih 20 rumah di Kampung Teroi Bukit dan sekitarnya dilanda banjir kilat malam tadi, yang turut menyebabkan Sungai Gurun di Kampung Perupok mencatat paras bahaya.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Yan, Leftenan (PA) Muhammad Zul Izzi Zulkifli, hujan berlarutan lebih enam jam itu menyebabkan paras air meningkat dengan Sungai Gurun mencatat paras 4.09 meter (m).
Katanya, penduduk khususnya di Mukim Yan yang berada di kawasan rendah terjejas, namun belum ada pusat pemindahan sementara yang dibuka.
"Anggota terus memantau paras air sungai dan mendapati ia dalam keadaan berjaga-jaga. Penduduk juga dinasihati berwaspada sekiranya paras air terus meningkat," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan, Penolong Penguasa Bomba Norhamidi Ali berkata, pemantauan dibuat mendapati Sungai Perigi melimpah akibat hujan lebat sejak 6 petang semalam.
Katanya, pihaknya bersedia dengan sebarang kemungkinan jika banjir kilat memburuk, dan hujan berlarutan serta air pasang.