CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 273|Reply: 0

[Kedah] Cari pemandu Ford Ranger bertengkar dengan pemandu lori guna parang

[Copy link]
Post time 9-7-2023 10:58 AM | Show all posts |Read mode
Cari pemandu Ford Ranger bertengkar dengan pemandu lori guna parang


Muhaamad Hafis Nawawi
[email protected]



Kes pergaduhan membabitkan dua lelaki di sebuah stesen stesen minyak di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Gurun yang tular di media sosial. FOTO IHSAN PEMBACA




Sungai Petani: Polis sedang mengesan pemandu kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger bertengkar dengan pemandu lori di stesen minyak di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Gurun, baru-baru ini.

Insiden itu tular di media sosial dan turut membabitkan parang.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pihaknya mengesan video itu di Facebook (FB) pada 10 pagi semalam, dengan seorang daripada lelaki terbabit dilihat mengeluarkan parang.

"Anggota Task Force Balai Polis Gurun dikerah ke lokasi dan menemubual pengurus stesen minyak yang memaklumkan kejadian berlaku pada 7.40 malam, 1 Julai lalu.

"Semakan mendapati video itu dimuat naik pengguna Facebook Eysz Seventhx," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zaidy berkata, kejadian bermula apabila pemandu lori memandu keluar dari Hentian Bukit Kobah, Pendang (Lebuhraya Utara Selatan), telah berselisih faham dengan lelaki yang memandu Ford Ranger, gara-gara pemandu kenderaan itu membunyikan hon.

"Perselisihan faham antara mereka berterusan sehingga sampai di tempat kejadian. Pemandu lori mendakwa diugut pemandu Ford Ranger, menyebabkan dia mengeluarkan sebilah parang yang disimpan di dalam lorinya," katanya.

Menurutnya, pemandu lori membuat laporan polis semalam dan dia ditahan untuk siasatan lanjut.

"Usaha mengesan serta menahan pemandu Ford Ranger sedang dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 6 (1) Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Beliau meminta pemilik akaun FB dan saksi kejadian yang mempunyai maklumat supaya menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Sabri Salamat di talian 014 6727927 bagi membantu siasatan.



Disiarkan pada: Julai 9, 2023 @ 10:29am










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.775008 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list