CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 229|Reply: 0

[Selangor] Tidak mengaku tipu turap jalan

[Copy link]
Post time 20-7-2023 01:45 PM | Show all posts |Read mode

K LETCHUMANAN mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang atas dakwaan menipu seorang pesara warga emas berhubung penurapan jalan dengan menyamar sebagai kontraktor Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), minggu lalu.

Ampang: Penyelia syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan menyamar kontraktor pihak berkuasa tempatan (PBT) dan menipu warga emas berhubung penurapan jalan, minggu lalu.

K Letchumanan, 44, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Normaizan Rahim.

"Faham dan tidak (mengaku bersalah)," katanya.

Bapa seorang anak itu dituduh memperdayakan Loh Min Leong, 70, bahawa dia adalah kontraktor Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang ingin membuat kerja turapan jalan hingga mangsa menyerahkan wang tunai RM200.

Kesalahan dilakukan di Kampung Ampang Indah di sini pada 11 pagi, 10 Julai lalu dan didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan penjara maksimum lima tahun dan denda atau kedua-duanya jika disabitkan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ameera Sam Kamaruddin yang menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin.

Namun peguam Parkash Singh yang mewakili tertuduh memohon jaminan RM2,000 atas alasan anak guamnya perlu menanggung keluarga isteri dan anak yang belajar di kolej selain tiada pendapatan tetap.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin, serta menetapkan 25 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan polis berjaya menahan enam lelaki dipercayai terbabit dengan penipuan khidmat penurapan jalan di sekitar Ampang.

Suspek yang berusia 20 hingga 44 tahun itu mendakwa mereka adalah pekerja yang dilantik PBT dan menawarkan perkhidmatan berkenaan pada harga sekitar RM500.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ku-tipu-turap-jalan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.223167 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list