CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 354|Reply: 0

Peluang Red Bull, Verstappen teruskan dominasi

[Copy link]
Post time 27-7-2023 10:37 AM | Show all posts |Read mode

VERSTAPPEN memenangi Grand Prix Hungary. FOTO AFP

Brussels: Max Verstappen berpeluang melakar lebih banyak rekod Formula Satu (F1) untuk Red Bull pada Grand Prix Belgium minggu ini.

Red Bull pernah melakar rekod memenangi 12 perlumbaan berturut-turut tetapi mereka boleh mencipta sejarah di Spa-Francorchamps selaku pasukan pertama yang memenangi 12 perlumbaan pertama secara berturut-turut pada tahun yang sama.

Satu lagi kemenangan untuk juara dunia itu juga akan menjadikan ia kemenangan kali kelapan berturut-turut, hanya kurang satu lagi kemenangan untuk menyamai rekod sembilan kemenangan berturut-turut pada musim sama yang lakukan oleh bekas pemandu Red Bull, Sebastian Vettel pada 2013.

"Spa sudah tentu litar kegemaran saya dalam kalendar, jadi saya tidak sabar untuk berlumba dan menemui peminat, ia sepatutnya menjadi hujung minggu yang menyeronokkan.

"Saya mempunyai kenangan yang manis di Spa dan pasukan bangkit meraih keputusan bagus di Hungary. Saya harap kami dapat mencapai sesuatu hujung minggu ini, ia adalah usaha terakhir sebelum cuti musim panas," kata Verstappen.

Verstappen sudah menang di Belgium sejak dua tahun yang lalu, bermula dari petak ke-14 pada 2022, dan menjadi pilihan untuk melakar kemenangan hatrik.

Verstappen mendahului 110 mata berbanding pesaing terdekat yang juga rakan sepasukan, Sergio Perez selepas mengharungi 11 daripada 22 pusingan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... n-teruskan-dominasi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.051157 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list