View: 1464|Reply: 0
|
Paru-paru Hayley Williams terjangkit kuman
[Copy link]
|
|
VOKALIS kumpulan Paramore, Hayley mengalami masalah jangkitan dalam paru-paru.
VOKALIS kumpulan Paramore, Hayley Williams mendedahkan kini sedang menderita masalah jangkitan kuman dalam paru-paru.
Pendedahan tersebut sekali gus membuatkan peminatnya berasa bimbang dengan tahap kesihatan penyanyi berusia 34 tahun itu apabila perlu berjuang untuk meneruskan kehidupan disebabkan masalah jangkitan yang dialaminya itu.
Terdahulu, Williams terpaksa mendedahkan keadaan yang dialaminya itu selepas dia dikritik peminat apabila menunda jadual empat konsert jelajahnya di Amerika Syarikat kepada tarikh yang lain.
“Saya menghidap jangkitan kuman dalam paru-paru. Itu yang menjadi punca konsert saya terpaksa ditunda.
“Saya tidak mampu untuk menyanyi selama dua jam berturut-turut,” katanya.
Pada masa sama, Williams turut memberitahu keadaannya kini semakin serius, namun berjanji tidak akan membatalkan konsert jelajahnya itu.
https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... s-terjangkit-kuman/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|