CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2633|Reply: 0

Meskipun bukan Islam, Niena tetap bayar zakat pendapatan lebih RM11 ribu

[Copy link]
Post time 9-8-2023 05:43 PM | Show all posts |Read mode
Meskipun bukan Islam, Niena tetap bayar zakat pendapatan lebih RM11 ribu



Seorang pempengaruh media sosial yang juga usahawan, Shaniena Natasya,20, mendedahkan dirinya tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang peniaga yang berbakti kepada masyarakat terutama golongan memerlukan.

Sibuk kerja sampai tak sempat nak bulan madu
Pada awal hantaran, usahawan berketurunan Siam ini memaklumkan dirinya masih belum sempat untuk menikmati bulan madu bersama suami tercinta meskipun mereka telah mendirikan rumah tangga pada bulan Mei lalu.

Ini kerana masing-masing sibuk mengembangkan perniagaan lebih-lebih lagi memberi fokus untuk memasarkan produk diusahakannya.

“Dua hari selepas kahwin, lancarkan produk berniaga bagai nak rak (bersungguh-sungguh). Alhamdulillah, produk (pelancaran) berjalan lancar sebab barang jadi boh (mujarab),”kongsinya.




Takkan pernah lupa tanggungjawab, bayar zakat
Pempengaruh berusia 20 tahun yang mempunyai lebih sejuta pengikut di platform TikTok berkata, meskipun sibuk mencari rezeki, namun dia tetap tidak lupa diri untuk menjadi seorang peniaga bertanggungjawab seperti membayar zakat pendapat bernilai lebih RM11,000 seperti mana dikongsinya.

“Disebalik Niena yang hampa nampak huru heyhey, Niena takkan pernah lupa tanggungjawab Niena untuk golongan memerlukan..even kepada negara dan fakir miskin,”katanya.


Dalam hantaran yang sama, dia turut mengulangi dan menegaskan dirinya tidak akan sesekali melupakan tanggungjawab sebagai seorang peniaga dan rakyat Malaysia dengan membayar cukai pendapatan seperti mana telah ditetapkan.

Wajar dicontohi, tetap bayar zakat walaupun bukan Islam tak wajib
Seperti dijangka, ramai di kalangan warganet meninggalkan pujian akan tindakan usahawan beragama Buddha itu kerana tetap membayar zakat pendapatan meskipun tidak diwajibkan.

Mereka juga mengatakan usahawan muda tersebut juga wajar dicontohi dan mendoakan agar perniagaan Niena dipermudahkan dan berkembang maju.




Sekadar info, sebarang bentuk bayaran sumbangan yang dilakukan orang bukan Islam tidak boleh dianggap sebagai zakat, kerana ia hanya dituntut kepada golongan muslim.

Sebaliknya, ia dianggap sebagai sumbangan dan tidak salah kerana mereka juga mempunyai naluri dan percaya bahawa menyumbang adalah kaedah terbaik untuk membantu orang lain.

Sumber: TikTok @shanienanatasyaaaa
https://ohmymedia.cc/meskipun-bu ... tan-lebih-rm11-ribu

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.050128 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list