|
ESPARGARO meraikan kejayaan muncul pelumba terpantas sesi latihan GP Catalunya.
Montmeló, Sepanyol: Aleix Espargaro memberikan amaran awal apabila mendominasi sesi latihan MotoGP Catalunya semalam.
Dia kemudiannya mengisytiharkan: "Saya mempunyai jentera terbaik dalam karier saya."
Penunggang Aprilia dari Sepanyol itu muncul pelumba terpantas pada kedua-dua sesi latihan dengan rakan sepasukan Maverick Vinales berada di tempat kedua dalam kedua-dua sesi terbabit.
Juara dunia Francesco Bagnaia yang menunggang Ducati dan selaku pendahulu musim ini meraih tempat ketiga.
Espargaro dilahirkan hanya beberapa kilometer daripada litar Montmelo.
"Saya sangat berbesar hati dapat berlumba di sini," katanya. "Saya suka berlumba berhampiran bandar kelahiran saya, dekat dengan keluarga dan rakan-rakan," katanya.
Juara dunia enam kali Marc Marquez pula hanya menduduki tangga ke-19 daripada 22 pelumba pada perlumbaan petang yang menurutnya keputusan itu tidak penting selepas dia mengambil pendekatan berhati-hati susulan terjatuh ketika sesi pagi.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... aran-awal-espargaro |
|
|
|
|
|
|
| |
|