CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1617|Reply: 0

Sukar kawal jentera punca prestasi Damok mendatar

[Copy link]
Post time 11-9-2023 03:51 PM | Show all posts |Read mode

SYARIFUDDIN dilihat kurang bernasib baik pada musim penuh pertamanya. FOTO Ihsan ZK Racing

Kuala Lumpur: Pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman terus kemarau mengutip mata apabila sekali lagi berdepan kekecewaan menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) San Marino semalam di kedudukan ke-25.

Keputusan itu nyata bukan sesuatu yang dimahukan oleh pelumba MT Helmets-MSI itu, yang setakat ini hanya mampu mengutip lima mata selepas 12 pusingan perlumbaan.

Jelas Syarifuddin atau dikenali sebagai Damok yang bermula di petak ke-27, kesukaran mengawal jenteranya adalah antara punca mengapa prestasinya kekal mendatar.

"Saya bermula dengan baik tetapi dihimpit oleh pelumba lain dan terkeluar daripada garisan perlumbaan. Pada awalnya saya cuba untuk mengejar kembali kelompok itu dan saya berada bersama mereka selama lima pusingan.

"Selepas itu saya terputus dari kelompok dan menyebabkan saya berlumba seorang diri. Saya hilang banyak masa di selekoh enam kerana tidak boleh kendalikan jentera saya di selekoh dengan lebih baik," katanya.

Damok yang ketika ini menduduki tangga ke-24 kedudukan pelumba Moto3 berharap dapat bangkit semula pada perlumbaan seterusnya di Grand Prix India 24 September ini.

"Saya harap pada perlumbaan seterusnya saya dapat mencari pelarasan yang lebih baik pada bahagian hadapan," katanya.

Pelumba berusia 21 tahun itu dilihat kurang bernasib baik pada musim penuh pertamanya di Kejohanan Motosikal Dunia apabila terbabit insiden yang menyaksikan dirinya retak tulang rusuk ketika bersaing di GP Itali, Jun lalu.

Kecederaan berkenaan memaksanya berehat panjang dan Damok hanya kembali membuat kemunculan pada GP Britain awal bulan ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... tasi-damok-mendatar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.791696 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list