View: 2366|Reply: 0
|
Beasley congak strategi bantu Azizulhasni
[Copy link]
|
|
AZIZULHASNI Awang (dua dari kiri) bersama rakan sepasukannya yang bakal membawa cabaran di Sukan Asia 2023.-IHSAN MOM
NILAI: Jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley akan memastikan anak buahnya, Datuk Azizulhasni Awang hadir ke Hangzhou dalam keadaan fizikal yang terbaik bagi menghadapi taktik jahat tuan rumah, China yang mengatur jadual padat untuk Sukan Asia kali ini.
Berdasarkan jadual pertandingan yang dikeluarkan, acara berbasikal trek akan mempertaruhkan sebanyak 12 pingat emas namun ia dilangsungkan selama empat hari sahaja bermula pada 26 hingga 29 September di Velodrome Pusat Sukan Chun’an Jieshou, Hangzhou.
Justeru penekanan Beasley ketika ini adalah terhadap kecergasan Azizul dan rakan sepasukannya, Shah Firdaus Shahrom serta taktikal yang bakal digunakan bagi memastikan episod hitam di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Glasgow, Scotland bulan lalu tidak berulang.
Azizul mencetuskan keresahan buat kem negara ketika beraksi di Glasgow apabila secara tiba-tiba rebah selepas terkandas di peringkat separuh akhir acara keirin.
“Kami akan berada dalam keadaan yang lebih baik (di Sukan Asia), kami tahu jadual itu tidak ideal seperti yang format Sukan Olimpik tetapi kami akan tetap mengharunginya.
“Jika kami berjaya mara ke suku akhir acara pecut, pelumba akan berentap sebanyak tiga pusingan, namun saya harap pelumba kita akan habiskannya dalam dua pusingan sahaja, dan kemudian di peringkat separuh akhir perkara yang sama juga akan berlaku dan seterusnya peringkat akhir.
“Anda mungkin akan berhadapan kemungkinan minima enam perlumbaan ataupun jika teruk, sembilan perlumbaan dalam tempoh sehari, jadi itu adalah jumlah yang banyak. Apa pun kami akan cuba menghadapinya satu per satu, dan memantau keadaan Azizul, setakat ini dia dalam keadaan yang terbaik.
“Yang jelas setiap negara penganjur akan berusaha mengaturkan jadual untuk keselesaan peserta mereka, China dan Jepun pula negara yang besar dan sudah tentu mereka ada pelumba yang mencukupi untuk setiap acara, iaitu dua untuk acara pecut dan dua orang lagi untuk acara keirin. Kita pula tidak mempunyai pilihan sebegitu kerana dua pelumba kita (Azizul dan Shah Firdaus) akan beraksi untuk kedua-dua acara pecut dan keirin,” jelas Beasley.
Azizul yang diberi julukan ‘The Rocket Pocketman’ itu merupakan taruhan terbaik kem Malaysia untuk meraih pingat emas di Sukan Asia 2023 berdasarkan reputasinya meraih dia pingat emas ketika Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di Velodrome Nasional, Nilai Jun lalu.
Selain Azizul dan Shah Firdaus, skuad berbasikal negara turut dibarisi sembilan orang lagi atlet antaranya Muhammad Fadhil Mohd Zonis, Muhammad Ridwan Sahrom, Muhammad Yusri Shaari, Abdul Azim Aliyas, Umar Hasbullah, Anis Amira Rosidi, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, Nurul Aliana Syafika Azizan, serta Yong Ann Yii.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/terkin ... -bantu-azizulhasni/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|