CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2321|Reply: 0

Jaguh lumba basikal parah nahas kereta

[Copy link]
Post time 13-9-2023 09:10 AM | Show all posts |Read mode
Jaguh lumba basikal parah nahas kereta



HOOYDONCK terbabit nahas di persimpangan lampu isyarat.


Brussels: Jaguh lumba basikal Belgium Nathan van Hooydonck dikejarkan ke hospital selepas terbabit kemalangan ketika memandu kereta hari ini, menurut pasukannya Jumbo-Visma.

Akhbar Belgium Het Nieuwsblad melaporkan Van Hooydonck mengalami kecederaan parah dan dalam keadaan kritikal.

"Kami mengesahkan pelumba kami Nathan van Hooydonck tidak sihat ketika memandu kereta sehingga terbabit kemalangan," menurut kenyataan pasukan.

"Dia terus dikejarkan ke hospital dan mendapat rawatan segera. Kami tidak dapat mengesahkan berita mengatakan dia dalam keadaan kritikal.

"Dia kini jalani pemeriksaan perubatan lanjut. Terima kasih semua di atas ucapan untuk Nathan dan pasukan."

Hooydonck yang berusia 27 tahun ketika kejadian menunggu di dalam kereta bersama isterinya yang sarat mengandung di persimpangan lampu isyarat di bandar Kalhmthout, berdekatan Antwerp.

Dia kemudiannya mengalami masalah kesihatan dan tanpa disengajakan tertekan pedal minyak sehingga mengakibatkan kemalangan dengan lima kenderaan lain.

Van Hooydonck yang bertukar status pro dengan BMC pada 2017 menyertai Jumbo-Visma sejak 2021.

Dia anggota pasukan yang membantu kemenangan Jonas Vingegaard di Tour de France tahun ini dan Tour of Britain minggu lalu serta bakal mewakili Belgium di Kejohanan Lebuhraya Eropah.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -parah-nahas-kereta

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.031317 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list