View: 1935|Reply: 0
|
LeBron mahu beraksi dalam Olimpik Paris 2024
[Copy link]
|
|
LEBRON JAMES
MANILA: ‘Superstar’ Liga Bola Keranjang Amerika Syarikat (NBA), LeBron James bersedia untuk menggalas cabaran negaranya dalam Sukan Olimpik di Paris tahun depan, malah dikatakan sudah merekrut beberapa nama besar untuk membentuk skuad terkuat.
James, 38, mengetuai cabaran Amerika Syarikat (AS) ketika memenangi pingat emas pada Olimpik Beijing (2008) dan London (2012), selain meraih gangsa di Athens pada 2004.
Penjaring terbanyak sepanjang zaman NBA itu tidak bermain untuk pasukan AS yang memenangi pingat emas di Rio de Janeiro 2016 atau di Tokyo pada 2021.
Begitupun menurut portal sukan The Athletic, James sudah pun memujuk beberapa bintang besar bagi merekrut mereka menyertainya di Paris musim panas depan.
Mereka termasuk Stephen Curry yang pernah dinobat sebagai pemain NBA paling bernilai, selain Kevin Durant, Anthony Davis, Jayson Tatum dan Draymond Green.
AS terdesak untuk menurunkan pasukan terkuat di ibu kota Perancis selepas mengalami keputusan amat mengecewakan dalam Piala Dunia di Manila yang berakhir, Ahad lalu apabila menamatkan kempen di tangga keempat.
Mereka tiba di Filipina sebagai pasukan pilihan, namun tewas tiga daripada empat perlawanan terakhir dan tidak memenangi pingat buat kali kedua berturut-turut.
Lain-lain pemain yang turut dipancing James untuk membarisi skuad AS ke Sukan Olimpik Paris 2024 adalah rakan sepasukannya dalam LA Lakers, Anthony Davis, Draymond Green (Golden State Warriors), Jayson Tatum (Boston Celtic), Devin Booker (Phoenix Suns), serta pemain veteran berusia 38 tahun, Chris Paul yang merupakan tiga kali NBA All-Star. – AGENSI
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... olimpik-paris-2024/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|