tuna suka sangat baca pengalaman dan cara2 orang untuk memperbaiki income masing2.
setakat ni apa yg tuna buat (dah berhenti kerja since 2010):
1) langkah paling penting yang pertama sekali kena buat ialah frugal living: - stop makan fast foods: hasil kajian tuna mendapati fast foods adalah punca paling kuat duit habis walaupun makan sebulan sekali, selain itu ia tidak bagus untuk kesihatan (processed foods adalah di antara punca penyakit kanser, diabetics, kegemukan, anak nakal/jahat/tak dengar cakap dll)
- tuna adalah fast foods lover masa zaman bekerja, setiap bulan paling sikit sebulan sekali mesti wajib makan McD/KFC/Pizza... utk kurangkan ketagihan, tuna stop perlahan-lahan.. Alhamdulillah berjaya... boleh kira dgn jari sebelah berapa kali g makan kat fast foods atau fine dinings sejak 2010-2014
- untuk belanja makanan di rumah, tuna stop beli kicap dan sos, canned foods dan processed foods. kesemuanya adalah punca belanja dapur naik 2-3 kali ganda selain memburukkan keadaan kesihatan.
- kawal elektrik dan air. setiap kali keluar rumah akan tutup semua switch utama terutama PC dan lampu. Alhamdulillah bil tak pernah cecah rm50 sebulan
- tak beli baju raya dan seangkatan dgnnya sejak 2010.... pakai apa yg ada..
- nak keluar rumah kena makan kasi kenyang. masakan yg dimasak hanya ada 2 lauk iaitu ikan/daging dengan sayur. tak macam rumah MIL satu meja penuh macam2 lauk. kalau nak makan sedap kami balik rumah MIL... hihihi
- pakai kereta buruk je... kereta kelisa... umur dah 10tahun... minyak tak banyak.... masih bagus utk long distance... tak perlu bayar loan dah
- driving berhemah dan elakkan kena saman (parking/speed trap dll)
- bayar loan rumah awal bagi mengelakkan denda yg beratus ribu
- pastikan card credit RM0 setiap bulan, takde hutang.. guna utk booking flight semata2 atau semasa di luar negara, guna utk shopping semata2
- pastikan bil hp di bawah rm100 setiap bulan... bil unifi rm149... bil wifi rm69
2) setiap bulan, tuna kena bagi duit belanja parents sebanyak rm1000 sbb parents dah tua tak boleh keje... tu pun tak banyak mana pun.... tuna nak tambah lagi in future InsyaAllah
3) setiap bulan, tuna akan paksa diri untuk beli emas jongkong - tujuan utk elakkan kesan inflasi serta mengumpul kekayaan (hasil pengalaman, pembacaan dan menuntut ilmu daripada beberapa sifu)
4) tuna dah tutup ASB/2020 dan bakal tutup account bank lain yg tak digunakan... rugi simpan duit dalam bank selain belajar elak riba.... step by step... dah tahu cara .. InsyaAllah akan dibuat berterusan
5) tuna dah tak simpan foreign currency semenjak tahu keburukan simpan wang.... sebelum ni tuna adalah collectors kerana tuna sangkakan ia adalah kekayaan apabila ditukar semasa currency naik, akan dapat untung yg lebih... rupanya silappppppp... huhuhuhu... kalau tuna money changer lain citer
6) tuna plan untuk stop beberapa insurans yg tuna commit sebab insurans ni tak berguna apabila diperlukan... ye ye je ada medical card tapi tak leh guna walaupun g kat panel... kalau uols nak beli insurans kan... beli la yg ada investment link... itu lebih bagus sbb bila nak pakai duit anytime leh amik... tuna juga agen insurans... takaful... tapi hati tuna masih tak boleh terima konsep insurans/takaful dalam hidup tuna... i don't know why
7) jaga kesihatan... makan yg sihat... rehat yg cukup... jgn sakit hati dgn orang... punca kanser adalah dari hati yg rasa benci tengok orang lain berjaya... punca kanser adalah dari masalah kejiwaan... apabila badan sihat, sakit susah nak melekat... demam pun cepat baik... setakat ni Alhamdulillah... dah lama tak g klinik/hospital meskipun demam panas dan masalah kewanitaan yg lain... semua diubati dengan minda sendiri... apabila tubuh badan sihat... medical card ke insurans ke tak penting... gold yg ada boleh digunakan untuk bayar bil hospital yg ratusan ribu tu...
Alhamdulillah dengan melaksanakan frugal living pada item no 1, tuna dapat laksanakan semua item 2-7 dalam tempoh 3 bulan sewaktu di landa kesempitan hidup. Frugal living adalah jawapan untuk mengumpul kekayaan. Bagi memastikan kewangan terjaga, gold & Silver adalah jawapan yg tuna temui. Rasa rugi sangat tak terlibat dalam gold & Silver semasa bekerja. Masa kerja dulu gaji malatoppp... tapi duit gaji tu buat beli properties je.... properties ni masalah utama dia, penipuan yang berleluasa dan kos yang perlu ditanggung seumur hidup. sain mati dgn bank.... tuna plan nak jual properties, beli gold dan nak travel seluruh dunia... nak duk negara orang plak...
Tips Menyimpan Emas agar tidak ditipu
Last edited by tuna_sandwic on 2-5-2014 09:05 AM
|