CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 917|Reply: 0

Grand Prix Malaysia jual tiket ‘rahmah’ RM49.90

[Copy link]
Post time 14-9-2023 12:30 PM | Show all posts |Read mode

PEMINAT MotoGP negara kini boleh menonton Grand Prix Malaysia, November ini dengan tiket serendah RM49.90.



KUALA LUMPUR: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mengambil inisiatif memperkenalkan harga tiket ‘rahmah’ bernilai RM49.90 yang mula dijual pada pukul 4 petang hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, ekoran keluhan peminat sukan pemotoran tanah air mengenai harga tiket Grand Prix (GP) Malaysia terlalu mahal tahun lalu disebabkan cukai hiburan yang dikenakan Kerajaan Negeri Selangor, maka pihaknya mengambil inisiatif berkenaan.

“Tahun ini, kita mengambil langkah menawarkan tiket ‘rahmah’ yang kita dibuka kepada rakyat Malaysia dengan kapasiti 7,000 orang di K2 ­Hillstand.

“Sesiapa yang datang dekat situ, tiket murah, makan murah dan parking percuma, jadi, bagi peminat yang mahu mendapatkan tiket ‘rahmah’ boleh pergi ke kaunter SIC atau beli melalui laman web kami,” katanya pada majlis pelancaran GP Malaysia 2023 semalam.

Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Pengurus Besar Kanan Kumpulan Komunikasi Strategi Petronas, Anita Azrina Abdul Aziz.

Menurut Shafriman, buat masa ini, 70 peratus tiket telah terjual dan SIC menyasarkan 170,000 penonton akan hadir bagi menyaksikan perlumbaan dari 10-12 November .


AZHAN SHAFRIMAN HANIF

Katanya, jika tahun lalu, GP Malaysia mencapai 164,000 kehadiran penonton, maka, tahun ini, dengan harga tiket ‘rahmah’ diperkenalkan, SIC menjangkakan peningkatan.

Sementara itu, mengulas mengenai tiket wildcard (jemputan), Shafriman membe­ritahu, SIC belum ada peruntukan untuk membawa pelumba tempatan beraksi dalam GP Malaysia menerusi wildcard.

“Kita tiada peruntukan untuk berbuat demikian tetapi, jika ada penaja sudi membantu SIC, tidak mustahil akan ada pelumba wildcard pada GP Malaysia nanti,” ujarnya.

Kata beliau, tahun lalu, pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman atau Damok beraksi di atas kapasiti wildcard tetapi tahun ini, dia beraksi sebagai pelumba tetap dalam Kejuaraan Motosikal Dunia.
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... ket-rahmah-rm49-90/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.223745 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list