View: 2430|Reply: 4
|
Bayi Masih Bertali Pusat Dan Uri Melekat Ditanam Hidup-Hidup, Meronta-Ronta Menangis Bawah Tanah
[Copy link]
|
|
NEW DELHI, India – Sepasang suami isteri di negeri Uttar Pradesh, India terkejut apabila menemui seorang bayi yang baru lahir ditanam hidup-hidup dalam tanah.
Lebih menyedihkan tali pusat dan uri masih melekat pada badannya.
Gambar Hiasan
Daily Star melaporkan, dalam kejadian pada 8 September lalu, Rajesh Kumar dan isterinya, Neelam, sedang bersiar-siar di sebuah kawasan di Kampung Pulandar apabila mereka terdengar bunyi tangisan datang dari dalam tanah.
Mereka terkejut melihat tangan kecil terjulur keluar dan menggali tanah tersebut.
Selepas menggali dengan penuh berhati-hati, mereka menemui seorang bayi yang masih bernafas dalam keadaan tali pusat dan uri yang masih melekat .
Sejurus polis tiba, bayi tersebut dikejarkan ke hospital dan menurut pakar, dia menghadapi masalah pernafasan.
Namun, setelah diberi rawatan, bayi berkenaan kini berada dalam keadaan sihat, manakala polis masih memburu ibu dan bapa kanak-kanak itu.
Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak mengesahkan pihaknya akan menjaga bayi tersebut sehingga polis menyelesaikan siasatan, manakala Rajesh dan Neelam yang memiliki dua anak menyatakan hasrat untuk memeliharanya. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
anak pompuan ka? dah mcm kafir quraisyh.
tanam balik sapa yg buat tu hidup2x |
|
|
|
|
|
|
|
bagus la baby tu sihat walafiat n yang jumpa tu nk amik dia as anak angkat..smoga dipelihara n diberkati hidup dorang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jikalau 60-70-80-90-100-500-1400 tahun lepas orang kata itu seksa kubur jeritan kedengaran terpekik terlolong. |
|
|
|
|
|
|
| |
|