View: 844|Reply: 0
|
Zaim tunggu 10 tahun untuk beraksi di Sukan Asia
[Copy link]
|
|
Muhammad Zaim Razali (bawah) mahu memastikan penantian 10 tahun untuk beraksi dalam Sukan Asia mampu membutirkan emas.
PETALING JAYA: Pemain sepak takraw negara, Muhammad Zaim Razali tidak rela penantiannya 10 tahun untuk beraksi bersama skuad negara dalam Sukan Asia berakhir sia-sia, dan berikrar untuk tmencapai misi membawa pulang pingat emas di Hangzhou.
Zaim, 27, tidak menyangka aksinya mampu untuk menambat hati barisan kejurulatihan kebangsaan memandangkan untuk dua kejohanan utama tahun ini iaitu Sukan SEA Kemboja dan Piala Raja Thai, dia tidak tersenarai bersama skuad kebangsaan.
Justeru, Zaim tekad mahu membalas kepercayaan yang telah diberikan biarpun dia masih lagi perlu bersaing dengan tiga lagi pemain di posisi apit kanan iaitu, Amirul Zazwan Zainal, Aidil Aiman serta pemain berpengalaman, Farhan Adam.
“Saya mula sertai skuad kebangsaan pada 2013, jadi untuk pemilihan Sukan Asia di Incheon (2014) saya tidak dapat, dan habis sahaja Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 saya ambil keputusan keluar dari skuad kebangsaan.
“Enam tahun di luar, saya langsung tidak menyangka akan dapat peluang sebegini. Ketika pemilihan untuk Sukan SEA Kemboja Mei lalu serta Piala Raja Thai baru baru ini, nama saya juga tidak tersenarai.
“Tetapi saya tidak berputus asa dan cuba ‘pulun’ untuk memikat hati barisan jurulatih, dan Alhamdulillah impian saya tercapai.
“Kalau diikutkan ketika di Piala Pattaya tempohari, saya digandingkan dengan Azlan (Alias) dan Zarif (Merican) sebelum dia digantikan dengan Syahir (Rosdi).
“Posisi saya pula sebelum ini milik Ayong (Amirul Zazwan Zainal). Tetapi untuk Sukan Asia kali ini saya tidak pasti, saya serahkan segalanya kepada barisan kejurulatihan sedia ada,” jelas Zaim.
Skuad sepak takraw negara akan memulakan kempen mereka di Sukan Asia pada 25 September ini dengan menentang Indonesia bagi acara regu berpasukan, disusuli menentang Korea Selatan pada hari berikutnya.
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... aksi-di-sukan-asia/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|