View: 840|Reply: 0
|
Kipchoge mahu 'takluk' Berlin buat kali kelima
[Copy link]
|
|
PELARI Kenya, Eliud Kipchoge meraikan kejayaannya meraih emas dalam acara maraton Tokyo 2020 dekat Sapporo. FOTO AFP
Berlin, Jerman: Pemegang rekod dunia maraton, Eliud Kipchoge yakin mampu mencabar dan memenangi kejuaraan kelimanya dalam saingan maraton Berlin.
Kipchoge, 38, melakar rekod dunia 2 jam 01 minit 09 saat di ibu negara Jerman pada 2022, bagi mengatasi rekod sebelumnya yang lebih 30 saat.
Bagaimanapun, pemenang dua kali pingat emas Sukan Olimpik itu hanya mampu sekadar menamatkan larian di tangga keenam pada saingan di Boston, Amerika Syarikat April lalu, di mana dia secara tiba-tiba di pintas saat akhir biarpun memimpin larian sepanjang saingan itu.
Bercakap kepada media Jerman, kekecewaan di Boston itu mengajarnya agar sentiasa berwaspada dan tidak mengambil mudah.
"Anda menghampiri (garisan penamat) dengan cara yang berbeza, tetapi apabila berada di dalam perlumbaan apa-apa boleh berlaku.
"Mungkin saya merancang strategi tertentu untuk memenangi perlumbaan namun kita tidak tahu apa yang akan berlaku di garisan penamat nanti," kata pelari dari Kenya itu.
Ditanya adakah dia gementar, Kipchoge akui perasaan itu sentiasa ada dan ia baik untuk seorang atlet.
"Saya hanya berlumba untuk mengatasi diri sendiri dan mencabar diri. Saya tidak memikirkan pesaing lain tetapi diri sendiri. Jika saya dapat atasi kegugupan itu, saya boleh berjaya," katanya.
Untuk rekod, Kipchoge sudah memenangi 15 perlumbaan maraton termasuk empat masing-masing di Berlin dan London. Dia menjuarai saingan di Berlin 2015, 2017, 2018 dan 2022, di mana dua daripadanya mencatat rekod dunia.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... in-buat-kali-kelima |
|
|
|
|
|
|
| |
|