View: 799|Reply: 0
|
LTdL 2023: Syritsa tebus kecewa, tawan Peringkat 2
[Copy link]
|
|
Aksi pelumba Astana Qazaqstan Team, Gleb Syritsa (tengah) meraikan kejayaan menjuarai Peringkat 2 perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu sejauh 186.2 kilometer (km). NSTP/ASWADI ALIAS.
KOTA BHARU: Pelumba Astana Qazaqstan Team, Gleb Syritsa berjaya menebus kekecewaan semalam dengan menjuarai Peringkat 2 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu, sebentar tadi.
Lebih manis, kejayaan di laluan sejauh 186.2 kilometer (km) itu turut mengulangi pencapaiannya pada edisi tahun lalu yang menyaksikan dia menawan Peringkat 1 dari Kuala Pilah ke Kuala Lumpur.
Pelumba Tudor Pro Cycling Team yang masih memegang Jersi Hijau selaku pendahulu keseluruhan, Arvid de Kleijn berada di tempat kedua manakala Enrico Zanoncello dari pasukan Green Project-Bardiani CSF-Faizane, melengkapkan pentas podium.
"Saya gembira kerana kembali berjaya meraih kemenangan pertama musim ini dan saya gembira kerana mampu kembali meletakkan nama saya sebagai pemenang.
"Perlumbaan yang sangat menarik hari ini kerana semalam saya membuat kesilapan apabila terlalu terbuka. Hari ini, saya berjaya memperbaiki kesilapan dan mampu melakukan pecutan seperti dimahukan," kata Syritsa.
Juara peringkat kedua Le Tour de Langkawi (LTdL) Malaysia 2023 pelumba dari pasukan Tudor Pro Cycling Team, Arvid De Kleijn (tengah), pemenang tempat kedua dari pasukan Human Powered Health, Sasha Weemaes (kanan) dan tempat ketiga dari pasukan Astana Qazaqstan Team Gleb Syritsa pada majlis penyampaian hadiah. - BERNAMA
Meskipun De Kleijn gagal meraih kemenangan kedua berturut-turut, dia masih boleh berbangga dengan Jersi Jingga selaku pendahulu Raja Pecut dengan mengumpul 27 mata, diikuti Syritsa (24) dan Zanoncello (15).
Jersi Polka Dot untuk pendahulu Raja Bukit turut bertukar tangan selepas disambar Nur Amirul Fakhruddin Mazuki dari Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) apabila membolot mata maksimum di zon pendakian di Setiu dan Pelong.
Amirul meraih jersi berkenaan dari rakan sepasukannya, Nur Aiman Zariff selepas mengumpul empat mata.
Kelompok peloton Le Tour de Langkawi (LTdL) Malaysia 2023 melalui laluan perlumbaan pada siri Jelajah LTdL peringkat kedua dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu sejauh 186.2 kilometer hari ini. - BERNAMA
Dalam pada itu, Jersi Putih untuk pendahulu pelumba terbaik Asia masih disandang Tegshbayar Batsaikhan dari Roojai Insurance Online sebelum Peringkat 3 bermula dari Jeli ke Baling sejauh 183.1km, esok.
Keputusan 10 terbaik Peringkat 2
Kuala Terengganu ke Kota Bharu
Gleb Syritsa - Astana Qazaqstan Team
Arvid de Kleijn - Tudor Pro Cycling Team
Enrico Zanoncello - Green Project-Bardiani CSF-Faizane
Daniel Babor - Caja Rural - Seguros RGA
Davide Gabburo - Green Project-Bardiani CSF-Faizane
Lorenzo Conforti - Green Project-Bardiani CSF-Faizane
Raymond Kreder - JCL Team Ukyo
Riku Onaka - JCL Team Ukyo
Maikel Zijlaard - Tudor Pro Cycling Team
Alessandro Iacchi - Corratec Selle Italia
semua dalam catatan 4 jam 15 minit 14 saat
Jersi Hijau (pendahulu keseluruhan)
Arvid de Kleijn - Tudor Pro Cycling Team - 8:40.46s
Gleb Syritsa - Astana Qazaqstan Team - 8:40.48s
Sasha Weemaes - Human Powered Health - 8:40.56s
Jersi Jingga (Raja Pecut):
Arvid de Kleijn - Tudor Pro Cycling Team - 27 mata
Gleb Syritsa - Astana Qazaqstan Team - 24 mata
Enrico Zanoncello - Green Project-Bardiani CSF-Faizane - 15 mata
Jersi Polka Dot (Raja Bukit)
Nur Amirull Fakhruddin Mazuki - Terengganu Polygon Cycling Team - 4 mata
Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff - Terengganu Polygon Cycling Team - 3 mata
Tegshbayar Baitsaikhan - Roojai Online Insurance - 2 mata
Jersi Putih (Terbaik Asia)
Tegshbayar Baitsaikhan - Roojai Online Insurance - 8:40.56s
Sarawut Sirironnachai - Thailand Continental Cycling Team - 8:40.59s
Thanachat Yatan - Roojai Insurance Online - 8:41.01s
Terbaik Keseluruhan Pasukan
Green Project-Bardiani CSF-Faizane - 26:03.06s
Malaysia - 26:03.06s
Astana Qazaqstan Team - 26:03.06s
Terbaik Keseluruhan Pasukan Asia
JCL Team UKYO - 26:03.06s
Malaysia - 26:03.06s
Terengganu Polygon Cycling Team - 26:03.06s
https://www.bharian.com.my/sukan ... a-tawan-peringkat-2
|
|
|
|
|
|
|
| |
|