View: 6021|Reply: 0
|
Amirull rampas status Raja Bukit
[Copy link]
|
|
RAJA Bukit dimenangi oleh Nur Amirull pada perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu sejauh 186.2 kilometer (km). FOTO ASWADI ALIAS
Kota Bharu: Jersi Merah Polka Dot (Raja Bukit) yang dipegang Nur Aiman Zariff dirampas Nur Amirull Fakhruddin Mazuki selepas rakan sepasukannya itu berjaya menawan dua zon pendakian peringkat kedua, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu, hari ini.
"Hari ini perancangannya untuk membuat 'breakaway', paling tidak dapat mengacau mata di zon pendakian. Syukur, ia menjadi," kata Amirull yang kali terakhir menyarung jersi berkenaan pada Peringkat 1 LTdL 2017 dari Kuala Berang ke Kuala Terengganu sebelum ini.
Nur Amirull menawan kedua-dua zon pendakian yang ditawarkan dalam laluan sejauh 186.2 kilometer (km) itu di Setiu dan Pelong untuk mendahului carta kedudukan keseluruhan dengan empat mata ketika ini.
Aiman turun ke tangga kedua dengan kekal tiga mata manakala pelumba, Roojai Online Insurance, Tegshbayar Batsaikhan yang masih menyarung Jersi Putih selaku pelumba terbaik Asia di tempat ketiga, selepas mengumpul dua mata.
"Esok ada laluan berbukit yang panjang. Kalau boleh, sekiranya ada breakaway, jangan bagi yang lain mengambilnya dan itu adalah perancangan kita hari ini dan ia menjadi," kata pemenang pingat emas Sukan Sea Kemboja 2023 itu.
Sebelum ini Aiman berkata, dia memberi tumpuan penuh untuk peringkat ketiga dari Jeli ke Baling esok yang menawarkan empat zon pendakian iaitu dua berstatus kategori 2 di Jeli dan Seri Banding, satu kategori 1 di Puncak Titiwangsa dan kategori 3 di Sungai Rui.
Mengulas mengenai laluan perlumbaan esok, Amirull atau dikenali dengan panggilan 'Baam' berkata, dia akan cuba berada dalam kelompok memburu mata bersama tiga rakannya yang lain iaitu Jeroen Meijers, Jambaljamts Sainbayar dan Aiman.
"Kita ada tiga pakar pendakian, jadi fokus kepada Jeroen, Sainbayar dan Aiman. Saya juga akan cuba bertahan berada dalam kelompok itu. Kalau lagi ramai, lagi senang untuk bantu antara satu sama lain," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... s-status-raja-bukit |
|
|
|
|
|
|
| |
|