View: 2244|Reply: 0
|
Syritsa emosi juarai Peringkat 2 LTdL 2023
[Copy link]
|
|
SYRITSA penuh emosi ketika melintasi garisan penamat untuk menjuarai Peringkat 2 LTdL 2023 dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu sejauh 186.2km semalam. – AMIR KHALID
KOTA BHARU – Pelumba Astana Qazaqstan Team, Gleb Syritsa berjaya mengubati kekecewaannya pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 apabila menjuarai Peringkat ke-2 dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu, Kelantan selepas menempuh cabaran sejauh 186.2 kilometer (km) semalam.
Kelmarin, Syritsa mengakui telah melakukan kesilapan apabila sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ketiga pada perlumbaan 1 yang bermula di Kerteh dan berakhir di Kuala Terengganu.
Syritsa akui kemenangan tersebut amat bermakna baginya kerana ia adalah kemenangan pertamanya musim ini.
“Saya gembira kerana kembali berjaya meraih kemenangan pertama musim ini dan saya gembira kerana mampu kembali meletakkan nama saya sebagai pemenang.
“Hari ini, perlumbaan yang benar-benar menarik kerana semalam saya melakukan kesilapan kerana terlalu terbuka. Saya berjaya perbaiki kesilapan tersebut dan mampu melakukan pecutan seperti yang saya mahukan,” kata Syritsa yang turut memenangi peringkat pertama LTdL 2022 dari Kuala Pilah ke Kuala Lumpur.
Pelumba Tudor Pro Cycling Team, Arvid De Kleijn yang menamatkan saingan tempat kedua masih kekal menguasai Jersi Hijau selaku pendahulu keseluruhan apabila menamatkan saingan 8jam 40 minit 46 saat (s).
Bagaimanapun, De Kleijn perlu berhati-hati kerana dia hanya dipisahkan dua saat dengan pelumba Astana Qazaqstan Team, Gleb Syrista (08:40:48s)
Sementara itu, Jersi Polka Dot selaku Raja Bukit bertukar tangan selepas ia diraih Nur Amirul Fakhruddin Mazuki dari Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) selepas menyapu bersih mata maksimum di zon pendakian di Setiu dan Pelong.
Dia merampas jersi berkenaan daripada rakan-sepasukan, Muhammad Nur Aiman Zariff selepas mengumpul empat mata.
Sementara itu, Jersi Putih selaku pelumba terbaik Asia masih disandang Tegshbayar Batsaikhan dari Roojai Insurance Online.
Perlumbaan peringkat ketiga akan bermula dari Jeli ke Baling sejauh 183.1 km, yang turut menawarkan pendakian kategori satu di Puncak Titiwangsa.
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... ingkat-2-ltdl-2023/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|