CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3664|Reply: 23

"Kalau You Rugi, You Cakap Dengan I Sekarang, I Tarik You Punya Lesen," Akmal Saleh Turun 'Gempur' Pengilang Beras

[Copy link]
Post time 26-9-2023 12:36 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpurr Akmal Saleh turun padang susulan krisis ketiadaan beras putih tempatan (BPT) di pasaran.


Ketua Pemuda Umno itu menerjah operasi kilang untuk melihat situasi sebenar.


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau yang juga Exco kerajaan negeri Melaka menegaskan, tugas beliau melindungi rakyat dan bukan tauke besar.


Foto: FB




Menerusi video berdurasi tiga minit 24 saat, Akmal mengancam menarik lesen pengilang yang enggan mengeluarkan beras tempatan dengan paket dan harga ditetapkan kerajaan.


Katanya, margin keuntungan yang kecil tidak boleh dijadikan alasan oleh pengilang untuk tidak mengeluarkan beras tempatan.


"Kalau you (awak) tak mahu buat you cakap… saya tarik you punya lesen. Kalau you cakap you rugi… ini kerajaan punya arahan tahu RM26 (sepaket).


"Kalau you rugi, you cakap dengan I (saya) sekarang, I tarik you punya lesen kasi (beri) orang lain hantar (beras).


"Sekarang ini you punya lesen, you kata rugi tak mahu jual (beras tempatan), I boleh panggil ini kerajaan tarik you punya lesen semua," katanya dalam video yang dimuatnaik di Facebooknya.


Video itu memaparkan Akmal sedang mendesak pengilang supaya mengeluarkan beras tempatan seperti arahan kerajaan.


Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi kilang berkenaan, namun dipercayai di Melaka.


Sebelum ini, Akmal mencadangkan supaya kerajaan mengehadkan penjualan beras putih tempatan kepada rakyat asing berikutan kenaikan harga yang didorong oleh kekurangan bekalan di pasaran.


Akmal menjelaskan ia bukan soal diskriminasi, tetapi menyatakan keutamaan harus diberikan kepada rakyat tempatan.


Di ruangan komen, ramai warganet memuji usaha itu termasuk seorang pengguna Facebook dengan akaun bernama Izzara Maya, bersetuju kerana tidak mungkin kilang tidak memperoleh keuntungan.


"Betul la tu... sudah dapat lesen membungkus beras tempatan tapi tidak mahu buat sebab tak untung, ia tidak mungkin," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2023 12:40 PM | Show all posts
selama ni mesti jual da untung kan???
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo x untung tade maknanya dia nk pgg lesen menjual beras tempatan tu. Baik dia letgo jer
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko cari je mane2 persatuan oku ke ibu tunggal ke pakat2 upah bungkus beras..biar lambat asal dapat....
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 01:33 PM | Show all posts
Kalau rugi, dari dulu dah lagi tokey semua bungkus la. Ni sebb nak makan banyak..tamak!
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
bistu camne nak bayar rumah jota2 kat bebigula.. kena la makan banyak (ni contoh aje tau. bukan betul2)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2023 01:38 PM | Show all posts
Sazreena: Kalau rugi, dari dulu dah lagi tokey semua bungkus la. Ni sebb nak makan banyak..tamak!
tu tauke nak jimat kos produksion.

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 26-9-2023 02:21 PM

satgi ABANG BESAR KOL....mampui hang....next pru nma hang x naik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2023 03:12 PM | Show all posts
muka dia pkai mask herlok la plak..cam da kurus skit kalau x cam fei mau
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Harga beras lokal pun dah lama tak naik
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 03:59 PM | Show all posts
Dia ni pergi langgar tokey beras atas kapasiti apa? Sebagai Adun Merlimau ke Ketua Pemuda Umno?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
BeskotCekelat replied at 26-9-2023 03:59 PM
Dia ni pergi langgar tokey beras atas kapasiti apa? Sebagai Adun Merlimau ke Ketua Pemuda Umno?

Aku rasa kita patut reramei pi langgar je kartel semua ni..  ikut prosedur payah beno.. ke mmg sebenonya beras mmg dah habisss .
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
BeskotCekelat replied at 26-9-2023 03:59 PM
Dia ni pergi langgar tokey beras atas kapasiti apa? Sebagai Adun Merlimau ke Ketua Pemuda Umno?

PEMIMPIN PRIHATIN.
#SALAHKE
        
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lightheaded67 at 26-9-2023 06:18 PM

dorg ni berlakon ke betul2 ni. kalau betul2, sungguh anda inesen mcm mana lah leh masuk politik. eh ke aku yg inesen ingt drama acik2 beras ni betul2, ah mula dah mari pening.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ckp dgn Munteri la
Baru betulll
Dlm watssap GRUP cabinet DAPUR Lagi Afdal
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Pandai BERLAKON dpn melayu.
dia ni budak acap wajedi.
Baru4 seDAP.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2023 07:01 PM | Show all posts
ini lah yang kita mahu, wakil rakyat pembela rakyat, bukan support warga asing ke support tauke ke
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
BeskotCekelat replied at 26-9-2023 03:59 PM
Dia ni pergi langgar tokey beras atas kapasiti apa? Sebagai Adun Merlimau ke Ketua Pemuda Umno?

mana mana boley asal kan resume apply utk menteri nanti byk helai siket
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 26-9-2023 02:18 PM
satgi ABANG BESAR KOL....mampui hang....next pru nma hang x naik...

Terfikir benda sama. Dia nie baru merasa jadi ketua pemuda kan, tunggu nnt kartel² nie jumpa terus dgn bos besar baru dia tau. Haha.

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Org buat kje betul korg kutuk mcm2.. bagusla dia buat mcm ni bg Telus xde la korg fitnah bkn2.. Semoga Allah permudahkan urusan org2 yg berusaha menjaga kebajikan rakyat Malaysia ni.. lindungi la mereka2 ni Ya Allah Dari manusia2 yg jahat Dan zalim.. Aamiin
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.044463 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list