View: 3722|Reply: 0
|
Sukan Asia: Emas lonjak Shazrin ke Olimpik Paris 2024
[Copy link]
|
|
Sukan Asia: Emas lonjak Shazrin ke Olimpik Paris 2024
NUR SHAZRIN bukan sahaja menghadiahkan emas pertama buat Malaysia tetapi turut melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2024 di Paris.
HASRAT kontinjen negara untuk menuai pingat emas pertama di pentas Sukan Asia Hangzhou, China menjadi kenyataan menerusi kejayaan hebat pelayar wanita, Nur Shazrin Mohamad Latif.
Penganjur memutuskan untuk membatalkan kesemua perlumbaan terakhir berlangsung di Pusat Pelayaran Ningbo Xiangshan semalam disebabkan tiada angin, sekali gus menobatkan Shazrin, 25, sebagai juara bagi kategori ILCA 6.
Shazrin mengakui gembira dengan kejayaan itu kerana bukan sahaja menghadiahkan emas pertama buat Malaysia, tetapi turut melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis yang akan bermula 26 Julai tahun depan.
“Alhamdulillah, saya menang (emas). Saya sebenarnya tak fikir pun sebagai pemenang emas pertama sebab saya hanya berikan yang terbaik dalam setiap perlumbaan.
“Saya harap ini menjadi pembakar semangat kepada atlet-atlet negara yang lain. Emas ini juga melayakkan saya ke Olimpik tahun depan dan ia menjadi penampilan ketiga saya,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Biarpun tanpa perlumbaan akhir, tetapi emas sah menjadi milik Shazrin yang mendominasi sejak hari pertama menewaskan pemenang pingat perak dari Hong Kong, Stephanie Louise Norton dan gangsa dari Singapura, Victoria Chan Jing Hua.
Shazrin kini menjadi atlet pelayaran kelima meraih emas di Sukan Asia selepas Ryan Tan pada edisi Hiroshima 1994, Rufina Tan (Doha 2006), Faizal Norizan-Ahmad Syukri Abdul Aziz (Incheon 2014) dan Fauzi Kaman Shah (Jakarta-Palembang 2018).
Secara keseluruhan, skuad pelayaran negara menutup edisi kali ini dengan kejayaan satu emas dan dua gangsa yang disumbangkan Muhammad Asnawi Iqbal Adam serta Tengku Nurani Ezaty Tengku Khairudeen.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... olimpik-paris-2024/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|