View: 3808|Reply: 0
|
Cheong Min berderaian air mata di Hangzhou
[Copy link]
|
|
Cheong Min berderaian air mata di Hangzhou
CHEONG MIN gagal membendung air mata kegembiraan selepas memenangi pingat perak pada Sukan Asia Hangzhou 2022 di China semalam.
PINGAT perak yang diraih atlet wushu negara, Tan Cheong Min pada Sukan Asia Hangzhou 2022 menerusi acara gabungan Nanquan dan Nandao wanita menamatkan kemarau pingat selama 13 tahun sukan tersebut pada temasya sukan berkenaan.
Pada aksi final, atlet berusia 25 tahun itu menampilkan aksi cukup meyakinkan apabila mengutip 19.419 mata keseluruhan, hanya 0.171 mata dibezakan dengan atlet tuan rumah, Chen Huiying yang memenangi emas.
Presiden Persekutuan Wushu Malaysia (WFM), Datuk Chong Kim Fatt berkata, hasil berguru lebih sebulan di Beijing, China membuahkan hasil apabila Cheong Min sekurang-kurangnya berjaya menuai pingat perak.
“Perkara penting ingin saya cakap adalah terima kasih kepada MSN (Majlis Sukan Negara) kerana luluskan permohonan WFM untuk hantar tujuh atlet Sukan Asia menjalani latihan di Beijing selama sebulan lebih.
“Ini adalah satu strategi serta latihan yang sangat berfungsi dan berkesan untuk atlet kita. Mereka ada suasana dan tempat latihan lebih bagus, selain dapat berlatih dengan atlet-atlet China,” katanya dihubungi Kosmo!
Pada aksi final tersebut, Huiying memastikan emas menjadi miliknya selepas memungut 19.950 mata, diikuti Cheong Min (19.419 mata) dengan pingat perak, manakala gangsa menjadi milik atlet Uzbekistan, Latisheva Darya (19.403 mata).
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia meraih pingat dalam sukan wushu adalah pada Sukan Asia Guangzhou 2010 apabila Chai Fong Ying merangkul emas acara gabungan taijiquan dan taijijian wanita.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... r-mata-di-hangzhou/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|