CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4138|Reply: 13

Berkhelah di Gunung S****, Kelantan

[Copy link]
Post time 19-1-2011 03:53 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by rayyanrafael at 19-1-2011 15:56

            Pada cuti penggal persekolahan tahun 1998, aku bersama dengan 4 lagi kawan sekelasku merancang untuk berkhelah dan berkhemah selama 4 hari 3 malam diGunung S****, Jeli, Kelantan. Kami kesana dengan menaiki keretapi dan berhenti distesen Dabong sebelum menaiki van sapu ke kaki gunung. Setelah hampir 1 jam lebih mendaki, kami membina dua khemah, satu untuk tidur dan satu lagi untuk digunakan sebaga tempat memasak,permainan dan sebagainya.


            Setelah hari menjelang petang, kami mandi sambil memancing ikan untuk dijadikan santapan.Rezeki kami amat murah pada hari itu. Ikan yang dipancing asyik mengena saja. Besar-besar pula tu. Setelah hampir maghrib, tiba-tiba air menjadi pasang besar dan manyambar ikan-ikan kami dalam baldi.Setelah air surut kembali, hanya tinggal 2 ekor ikan kecil saja.Baldi tiada air dan tidak terbalik. Pada malamnya, selepas solat isyak, kami melakukan aktiviti bermain daun terup dengan hukuman siapa yang kalah setiap pusingan akan hukun dengan menggantungkan bateri motosikal ditelingannya.  Setelah menjelang tengah malam kami bermain, ada pegawai hutan datang dari sebelah air terjun sana menyuluh kearah kami. Kami menolehnya, dan kami terperasan yang hanya lampu disuluh kearah kami, tetapi matanya memandang keatas pokok di belakang kami. Kami menoleh serentak untuk melihat sama dan pada masa itu tidak ada apapun yang kelihatan. Toleh balik kearah pegawai hutan, dia dah berlalu dari situ dan bergerak melintasi air tanpa basah sedikit pun.


            Kami ambil keputusan untuk terus masuk khemah kerana masing-masing merasakan angin sejuk semacam. Baru sahaja kami menutup zip khemah, air terjun yang tenang(kerana pada malam hari, paip besar yang menjadi sumber air terjun diGunung S**** di tutup) berbunyi sekan-akan ada sesuatu yang mengharunginya. Semakin lama semakin hampir dengan khemah kami.Dengan tangan memegang surah yasin, kami cuba mengintai disebalik khemah. Tiada apa dan airnya tenang sahaja. Pada masa inilah kamiterhidu sesuatu yang bukannya dari kentut kami berlima. Busuk yang amat. Salah seorang melihat keatas, kerana dari situlah punca bauan tersebut. Tanpa berkata apa-apa, dia menyuruh kami melihat keatas,ada sesuatu yang berwarna putih diatas pokok itu. Benda itu tidak bergerak dan membelakangi kami. Dalam masa 30 saat merenungnya,makhluk itu mula memusingkan kepalanya kearah kami. Dengan muka penuh lumpur dan rambut terurai, makhluk itu tiba-tiba ngaib begitu sahaja.


            Kami berlima cepat-cepat masuk kedalam khemah untuk melelapkan mata. Baru sahaja hendak terlelap, zip khemah kami dimain-mainkan dengan bunyi buka dan tutup.Kawanku memberanikan diri untuk melihatnya. Selepas buka zip,hendak sahaja mengeluarkan kepala dari khemah, makhluk itu terlebih dahulu memasukkan kepalanya kedalam khemah kami. Mukanya takkelihatan, hanyalah rambut lurus ala-ala ju-on sahaja yang kelihatan. Kepalanya melanggar muka kawanku sehingga kawanku terbaringkaku. Tak berkata, cuma matanya “melalak”. Jelas depan kami,mahkluk itu bertenggek diatas dada kawanku itu. Kami semua bukan taknak menolong, tapi kami semua terkaku. Sehinggalah hampir satu jambarulah benda itu ngaib.


        Pagi esoknya, kami kemasbarang dan terus balik. Semasa berjalan turun bukit, terasa amat lamauntuk sampai dikaki bukit. Kalau mendaki naik, hanya 1 jam lebihsahaja, bila menuruni pula, makan masa hampir 5 jam lebih. Kenapa???tak usah ditanya. Adalah benda yang hendak bergurau dengan kami tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2011 04:12 PM | Show all posts
check in!! hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 04:17 PM | Show all posts
Reply 1# rayyanrafael


    okeih..aku kasi essay hang ni A++..terbaekk!

btw. gunung stong tu mmg keras pon kan..ade perkampungan bunian rasenye..kawan kepada kakak aku, ade pegi berekspedisi ke gunung ni (ramai2 la)..then nak jadi kisah, kawan kakak aku ni hilang..one week or one month later, mak kawan kakak aku ni mimpi, jumpa anak dia, muka bersih je, ceria pulak tu. anak dia tu pesan, dia selamat, tapi tak payah cari dia dah.so since then, mak dia redha anak dia takde..n sampai lani mmg tak jumpa2 dah. wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 05:03 PM | Show all posts
cam bace karangan SPM heheehhehe
ape pun bagus la tulis camtuh senang nak paham cume baku sangat
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 05:38 PM | Show all posts
wah td baru check in. ni dah habis baca. citer yg menarik n sereemmmm.. warghhhh larikkkkkkkkkkkkkkkk takuuuttttt...

~~citer lain tak de ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 05:58 PM | Show all posts
Reply 3# ritzz


    hah..baru ingat..gunung stong..puas le tadi nak recall gunung ape kat kelantan yg start urup s..padahal slalu jer lalu..huhu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2011 06:17 PM | Show all posts
huhu best2...seram cite ni..siap ade pattern Ju-On g...Aku rase 'die' nak budu la..haha
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 06:50 PM | Show all posts
kepala dia langgar muka kawan? tidakkkkkk gileee dkt btw mmg mcm baca esei utk spm.hehehhe cayalah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2011 07:38 AM | Show all posts
pegawai hutan tu pun hantu ke TT?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2011 04:49 PM | Show all posts
thanks tt...
seramm tp best..
cerita lgi yerr...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2011 08:37 PM | Show all posts
we want more...!
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2011 02:50 PM | Show all posts
Reply 1# rayyanrafael


   
yang bukannya dari kentut kami berlima


elok2 serius, tergelak plak bc ayat ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2011 05:53 PM | Show all posts
ms cousin hb kawin dgn org jeli - ada gak kitaorg stay kat chalet gunung stong nih.. even tu pun suram dan seram jer keadaan nya... ms tu anak kecik lagi - so tgh mlm mmg kena bangun buat susu nyer - mmg terasa lah anda sedang diperhatikan dan bulu tengkuk sentiasa meremang je.. alhamdulillah tak de lak dia menjelma.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 09:33 AM | Show all posts
SERamnyeee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.056621 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list