CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 627|Reply: 0

[Pahang] 3 warga Myanmar maut akibat keracunan

[Copy link]
Post time 21-10-2023 10:34 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR Hiasan.

Kuantan: Tiga warga Myanmar ditemukan meninggal dunia dipercayai akibat keracunan di dalam sebuah kabin di tapak projek di Jalan Anggerik, Rompin.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian yang membabitkan mangsa lelaki berusia antara 21 dan 33 tahun pada 3.15 petang, Selasa lalu.

"Hasil pemeriksaan awal terhadap kawasan sekeliling dan badan mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah dapat dikaitkan," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Beliau berkata, bedah siasat telah dijalankan di Hospital Rompin hari ini dan mendapati mangsa meninggal dunia akibat keracunan, namun punca sebenar belum diketahui kerana masih menunggu laporan ujian makmal.

Buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ut-akibat-keracunan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.086685 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list