Selepas penyanyi Lisa Blackpink mendedahkan telur dadar yang dikenali sebagai khai jiao adalah makanan kegemarannya, permintaan terhadap menu itu melonjak naik.
Lisa berkongsi perkara itu menerusi sesi temu bual bersama Spotify baru-baru ini.
Kata Lisa, dia menyukai hidangan itu sejak kecil serta menyifatkan makanan tersebut enak walaupun ringkas.
Salah seorang peniaga di Thailand memberitahu hidangan itu mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan selepas Lisa membuat pendedahan itu.
Malahan, peniaga tersebut terpaksa mengupah pembantu tambahan bagi memenuhi permintaan pelanggan.
Bersyukur dengan keadaan itu, dia turut menjemput Lisa untuk makan di restorannya.
Sumber: mStar
|