View: 925|Reply: 0
|
MotoGP: Karier Di Giannantonio terselamat
[Copy link]
|
|
DI GIANNANTONIO melakar kejutan apabila muncul juara pada GP Qatar Isnin lalu sekali gus membuka peluangnya untuk kekal dalam saingan MotoGP. - AFP
DOHA – Pelumba pasukan Gresini Racing, Fabio di Giannantonio dijangka bakal mendapat tawaran lumayan untuk kekal bersaing pada Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) musim depan selepas berjaya menjuarai Grand Prix (GP) Qatar minggu lalu.
Sebagai rekod, posisi Giannantonio selaku pelumba Gresini telah pun dikorbankan bagi memberi laluan kepada juara dunia enam kali, Marc Marquez yang sudah mengesahkan penghijrahan daripada pasukan Repsol Honda pada penghujung musim nanti.
Namun, prestasi memberangsangkan Giannantonio apabila muncul perlumbaan GP buat kali pertama dalam kariernya pada perlumbaan Litar Antarabangsa Losail telah membuka mata banyak pihak untuk menawarkan tempat buatnya musim depan.
Namun, hampir kesemua pasukan MotoGP sudah pun mengesahkan pelumba utama pada musim depan kecuali pasukan VR46 yang masih memiliki satu kekosongan selepas penghijrahan Luca Marini yang bakal sertai Repsol Honda.
Difahamkan, pengurusan VR46 cukup berminat untuk menawarkan tempat buat Giannantonio tetapi dalam masa yang sama turut berhasrat untuk naikkan pangkat pelumba berbakat Moto2 daripada pasukan Speed Up, Fermin Aldeguer.
Pengurus peribadi Giannantonio, Diego Tavano mengakui cukup lega apabila masih ada sinar di hujung terowong untuk anak buahnya bersaing di perlumbaan motosikal paling berprestij itu dan kini terserah kepada perbincangan yang bakal dilakukan nanti.
“Akhirnya saya dapat melihat masa depan Giannantonio yang semakin cerah. Bukan mudah untuknya selepas dikritik susulan prestasi tidak memberangsangkan sebelum ini, tetapi saya percaya rezekinya ada bersama VR46,” katanya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... antonio-terselamat/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|