CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 992|Reply: 0

Zulfahmi sudah ada perancangan untuk Qabil

[Copy link]
Post time 25-11-2023 11:59 AM | Show all posts |Read mode

QABIL muncul juara dunia Siri Dunia MiniGP 2023 di Valencia, semalam. FOTO FIM MINIGP MALAYSIA

Kuala Lumpur: Satu pencapaian menakjubkan dalam arena permotoran negara selepas pelumba muda cilik berusia 11 tahun, Qabil Irfan Azlan menjulang nama Malaysia di persada dunia apabila bergelar juara keseluruhan Siri Dunia MiniGP 2023 di Valencia, Sepanyol, semalam.

Kejayaan itu menyaksikan pelumba Malaysia buat kali pertama bergelar juara dunia dalam perlumbaan motosikal antarabangsa.

Pengurus ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin nyata berbangga dengan kejayaan anak kelahiran Terengganu itu yang sememangnya berbakat besar untuk diketengahkan dan kejayaannya itu membuktikan bahawa sukan permotoran negara berada di landasan tepat.

Zulfahmi yang juga bekas pelumba negara menyifatkan Qabil mempunyai potensi besar untuk terus mengukir nama dalam dunia permotoran.



"Saya sudah ada perancangan untuk Qabil tahun depan dan berharap dapat terus bersama-sama dengannya mengembangkan sayap dalam dunia permotoran ini.

"Semestinya saya akan berbincang dengan banyak pihak untuk masa depan Qabil dan berharap ini bukan yang terakhir," katanya.

Katanya, dia akan terus berusaha bersama Qabil merealisasikan hasrat pelumba cilik negara itu untuk menjadi pelumba MotoGP pada satu hari nanti.

Zulfahmi mengakui bahawa kejayaan Qabil sebenarnya didorong dengan sistem sokongan kuat terutama daripada keluarganya yang sentiasa memberi sokongan sejak kecil.

Terdahulu Qabil tampil cemerlang apabila melakar kemenangan hatrik apabila muncul juara pada perlumbaan 1, perlumbaan 2 dan perlumbaan Superfinal yang berlangsung di Litar Kart Ricardo Tarmo untuk muncul juara keseluruhan Siri Dunia MiniGP 2023 di Valencia, Sepanyol.

Ketiga-tiga kemenangan itu membolehkan Qabil meraih 100 mata bersih bagi membolehkan dia dinobatkan sebagai juara keseluruhan perlumbaan 160cc.

Pelumba Jepun, Kotaro Togashi berada di tangga kedua keseluruhan dengan mengumpul 76 mata diikuti pelumba Sepanyol, Enzo Zaragoza di tempat ketiga dengan mengumpul 65 mata.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ncangan-untuk-qabil
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.633394 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list