|
Bagnaia juara MotoGP. -FOTO Reuters
Valencia, Sepanyol: Pelumba Itali, Francesco Bagnaia menikmati kejayaan gemilang apabila mengekalkan kejuaraan dunia MotoGP selepas merangkul kemenangan pada perlumbaan terakhir musim ini di Valencia.
Pelumba Ducati berusia 26 tahun itu mengesahkan kejuaraan selepas pesaing terdekatnya, Jorge Martin terbabit kemalangan pada awal perlumbaan.
Bagnaia mendahului tanpa menyedari bahawa Martin bersama jenteranya, Ducati-Pramac terbabit kemalangan dengan pelumba Honda, Marc Marquez yang mengakibatkan kedua-duanya gagal menamatkan perlumbaan.
Bagnaia turut mengalami mimpi ngerinya sendiri apabila terbabit dengan kemalangan dan mengalami kecederaan kaki ketika saingan MotoGP di Catalunya pada awal September.
"Ia mimpi!" kata Bagnaia tentang gelarannya.
"Saya sangat gembira
"Ia adalah musim yang hebat walaupun Barcelona dan kecederaan kaki menjadikannya sangat sukar.
"Saya sentiasa bermimpi untuk memenangi kejuaraan sambil memenangi perlumbaan.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan yang melakukan tugas luar biasa musim ini."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... pi-bagnaia-berakhir |
|
|
|
|
|
|
| |
|