CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 790|Reply: 0

Malaysia mara suku akhir Piala Dunia Pelayaran

[Copy link]
Post time 27-11-2023 11:33 AM | Show all posts |Read mode

THE Monsoon mara ke suku akhir. FOTO SSL TEAM MALAYSIA

Kuala Lumpur: Pasukan SSL Team Malaysia bergelar The Monsoon mara ke suku akhir Piala Emas Star Sailors League (SSL) di Gran Canaria selepas menduduki tangga teratas Fleet 1 pada pusingan penyingkiran keempat.

Dengan kelajuan angin dan persekitaran hampir sempurna di lautan Atlantik, pasukan keelboat kebangsaan melakukan kejutan lagi apabila muncul juara Fleet 1 pada pusingan penyingkiran 1/8, sekali gus mengetepikan Amerika Syarikat di tangga keempat dunia dalam ranking SSL dan Argentina (ke-20) dalam kejohanan yang dilihat sebagai Piala Dunia sukan pelayaran.

Dalam saingan penyingkiran 1/4 bermula esok, Malaysia yang menduduki ranking ke-58 dunia, akan beradu tenaga dengan Great Britain (ke-2), Perancis (ke-6) dan Denmark (ke-7) dalam Fleet 1.

Fleet 2 menampilkan Jerman, Belanda, Chile dan Hungary, manakala Brazil, Portugal, New Zealand dan Australia membentuk Fleet 3. Fleet 4 dianggotai Switzerland, Lithuania, Itali dan Sepanyol.


Dua pasukan teratas dalam setiap fleet akan mara ke saingan separuh akhir yang ditandingi oleh lapan pasukan dibahagikan kepada dua fleet. Final akan mengumpulkan empat pasukan terbaik dalam satu fleet.

"Mara sejauh ini adalah di luar jangkaan kami," kata ketua pasukan, Megat Danial Megat Najmuddin. "Kami menepati matlamat untuk menduduki 20 tangga teratas dengan membuat kejutan ke atas beberapa negara yang berada di ranking dunia lebih tinggi.

"Kami mengharapkan sokongan seluruh peminat sukan negara kerana saingan setinggi gunung menunggu kami di suku akhir, " katanya lagi.

Terdahulu Malaysia melepasi pusingan penyingkiran pertama 1/32 dengan menduduki tangga teratas menewaskan Bermuda, Antigua and Barbuda dan Ukraine dalam Fleet 3. Seterusnya Malaysia menduduki tangga kedua di belakang Chile pada pusingan penyingkiran kedua 1/16.

Pada pusingan penyingkiran ketiga 1/8, the Monsoon menjuarai Fleet 1 dengan mengumpul 8 mata, diikuti Hungary. Amerika Syarikat dan Argentina tersingkir selepas masing-masing menduduki tangga ketiga dan kempat.

Dalam saingan terbaharu, the Monsoon dianggotai Khairulnizam Mohd Affendy di kemudi, dibantu Nur Shazrin Mohamad Latif sebagai jurutaktik, selain Ahmad Faizul Aswad Mohamed (Grinder), Ahmad Hakhimi Ahmad Shukri (Trimmer), Ahmad Khairulhafiz Mohd Khmbali, (Offside Trimmer), Mohd Azhar Sadon Zubir (Pitman), Uzair Amin Mohd Yusof (Mainsail Trimmer), Mohd Akiyuddin Mat Zaki (Floater) dan Mohd Saifullah Mohd Esa (Bowman). Dua pelayar simpanan ialah Mohd Amsyar Syahmi Mohd Ajwi (Spare Trimmer) dan Rizal Mahadi Sazili (Spare Floater).

Diketuai dua pelayar Olimpik, Khairulnizam dan Nur Shazrin yang cekap berkomunikasi di bahagian belakang bot, tujuh pelayar lain yang memiliki pengalaman antarabangsa mempamerkan aksi cemerlang.

Grinder Aswad, pegawai di Jabatan Kebajikan di Kuantan dan Ahmad Hakhimi, pegawai Kementerian Belia dan Sukan, memiliki pengalaman di pentas World Match Racing Tour (WMRT) manakala Akiyuddin, Uzair and Ahmad Syukri Abdul Aziz yang terpaksa pulang untuk menemani isteri yang bakal bersalin, pernah beraksi di peringkat Sukan SEA dan Sukan Asia.

Mereka turut diperkuatkan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia, Akiyuddin, Azhar dan Amsyar.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ala-dunia-pelayaran
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.222606 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list