CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25045|Reply: 5

Rahsia di sebalik kain cindai. Benarkah pemakainya jadi ‘kebal’, tidak lut senjata?

[Copy link]
Post time 20-12-2023 11:31 PM | Show all posts |Read mode
Rahsia di sebalik kain cindai. Benarkah pemakainya jadi ‘kebal’, tidak lut senjata?


EMPAYAR Mongol dikenali antara kerajaan terkuat dari kurun ke-13 sehingga ke-14, bahkan keluasan jajahan taklukannya membuatkan ia dikenali sebagai empayar paling besar dalam sejarah.

Salah satu yang dikaitkan dengan kehebatan empayar ini sudah tentu dengan kekuatan bala tenteranya yang tidak gentar dan penuh semangat keperwiraan.

Ada diceritakan bahawa tentera Mongol ini memakai sejenis kain yang diambil dari India sebagai alat pelindung senjata tajam. Dikatakan Genghis Khan percaya tenteranya akan lebih bersemangat juang bila menggunakan kain itu serta dapat menghilangkan rasa takut mereka.

Mereka tidak tahu apakah nama kain itu. Apa yang mereka tahu, kain itu mampu menahan anak panah daripada menembusi tubuh, malah ia juga dapat menghalang darah daripada terus mengalir akibat kecederaan parah ditetak musuh.


Tentera Mongol.


Bagaimanapun, kisah mengenai kain itu tidak pernah muncul dalam sejarah Mongol dan ia cuma sebahagian daripada cerita penglipur lara yang diceritakan secara lisan. Ada juga yang mengaitkan kejayaan Gengis Khan dengan kain yang dipanggil sebagai Patola oleh orang-orang Gujerat.

Bagi ahli sejarah, kisah itu lebih menggambarkan tentang teknologi baju perang yang popular dalam empayar Jin yang diterajui oleh Maharaja Xuanzong atau nama sebenarnya Wanyan Xun. Namun, tiada catatan kukuh mengenai kain tersebut pernah ditemui.

Jika dilihat pada catatan sejarah kemunculan sebuah bandar bernama Patola di Helsinki, Finland, ada kisah yang menceritakan sewaktu tentera Batu (cucu Gengis Khan) meninggalkan Golden Horde, Rusia, mereka telah meninggalkan selembar kain Patola kepada seorang pembesar di Bulgaria yang kemudiannya membawanya ke Estonia lalu menyimpannya di Helsinki. Namun, kurang diketahui kesahihan kisah tersebut.

Ada yang mengatakan kain rahsia yang digunakan oleh tentera Mongol ini adalah kain patola yang juga disebut kain cindai.


Kain cindai

Menurut Puan Zubaidah, seorang pengkaji tekstil yang pernah kami temubual dahulu, kain tenun Patola juga dipanggil sebagai kain Cindai dan kain Limar oleh masyarakat Melayu. Kain ini sudah wujud di tanah Melayu sekitar abad ke-15. Ketika itu, kain ini dianggap sebagai satu alat kebesaran oleh golongan pembesar dan pahlawan Melaka.

Mengikut sejarah, kain cindai dibawa masuk ke tanah Melayu oleh pedagang dari Asia timur dan Gujerat. Keistimewaannya pada zaman itu sebagai alat kebesaran membuatkan ia dipandang mulia. Harganya juga begitu mahal dan tidak mungkin dapat dibeli oleh orang biasa.

Ada beberapa cerita lisan mengisahkan bahawa hanya sultan saja yang boleh menempah dan membeli kain ini. Jadi tidak hairanlah harganya begitu mahal pada zaman dahulu kerana ia melambangkan status dan taraf si pemakai.

Jelas Zubaidah, kain tersebut selalunya dijadikan bengkong atau ikat pinggang oleh golongan bangsawan lelaki. Bagi wanita pula, kain itu dibuat selendang dan penutup kepala. Manakala di India, ia dijadikan sari dan merupakan antara kain yang cukup kukuh dan boleh tahan lama serta lasak.



Kain cindai.

Menurut Zubaidah, keunikan kain cindai ini terserlah melalui cara ia dibuat. Pada zaman dahulu, kain ini hanya ditenun oleh lelaki saja.

Sejenis teknik yang dinamakan sebagai ikat ganda digunakan untuk menenun kain ini. Hasilnya, dalam sebidang kain itu terdapat dua jenis daging kain yang berbeza, iaitu kain cindai jantan yang berdaging halus dan kain cindai betina berdaging kasar. Inilah keistimewaan yang tidak ada pada kain tenun lain di dunia ini.

Kain cindai ini juga terdapat di negara-negara lain di nusantara seperti Indonesia, Vietnam, Kemboja dan juga Thailand. Bagaimanapun, semua kain-kain itu tidak sama corak dan motif. Malah di sesetengah tempat, kain ini telah dipalsukan.

Proses pemalsuan ini dapat dilihat dengan jelas melalui material yang digunakan serta kaedah kain ditenun. Ada diantaranya tidak ditenun tetapi hanya dicanting saja.

Kini, kain ini masih lagi ditenun sebagai kain sari, cuma kualitinya saja agak kurang berbanding dahulu. Malah terdapat juga kilang-kilang tekstil yang menggunakan mesin untuk menenun bagi mempercepatkan proses pembuatan kain ini.

Meskipun begitu, tradisinya sudah berubah. Kalau dulu ia ditenun menggunakan ikat ganda dan hanya lelaki saja yang boleh berkecimpung dalam bidang ini tetapi hari ini, sesiapa pun boleh melakukannya.


Di pasaran dunia, kain cindai tradisional yang berusia ratusan tahun mampu mencecah harga beratus ribu. Ini kerana, barang warisan ini selalu dianggap mempunyai kuasa mistik hingga wujud istilah “kain cindai bunian” dan sebagainya. Sebenarnya, semua itu hanyalah satu kepercayaan semata-mata dan ia tidak ada kaitan dengan seni halus pembuatan tekstil ini.

Jelas Zubaidah lagi, kepercayaan masyarakat Melayu juga mengaitkan kain ini dengan ilmu kebal. Namun sejauh manakah ia benar, tidak dapat dipastikan.

Cuma sesuatu yang agak jelas ialah, proses tenun ikat ganda dapat menjadikan daging kain rapat dan kukuh serta sukar untuk ditembusi objek tajam. Bagaimanapun, ia hendaklah dililit beberapa lapisan, barulah kain ini tidak dapat ditembusi objek tajam. Mungkin ini rahsia yang diceritakan dalam kisah kehebatan tentera Mongol tersebut.

Kisah mengenai kekebalan Cindai ini juga diceritakan dalam Hikayat Hang Tuah. Diceritakan, Hang Jebat membalut luka tikaman Hang Tuah dengan kain Cindai sebelum ia mengamuk selama tujuh hari. Kemudian selepas Jebat membuka balutan itu, dia akhirnya meninggal dunia.

https://utusantv.com/wp-content/uploads/2022/01/c8-tuah.jpg
Diceritakan Jang Jebat membalut luka tikaman Hang Tuah dengan kain cindai.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2024 02:27 AM | Show all posts
Dalam dunia hikmat ada dua cindai. Cindai biasa yg dicerita di atas. Satu lagi cindai bunian yg hanya boleh didapati drpd alam jin. Dan cindai bunian ini terbahagi kpd beberapa jenis pula.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 02:40 PM | Show all posts
nk kata mistik tak pasti la, cuma nk cerita...kat aku ade sehelai kain cindai panjang 5meter berusia lebih 100tahun...apa yg aku tahu, jalinan benang pada kain tu yang menyebabkan kain tu jadi mcm liat dan tak blh ditembusi oleh apa2 pon..bayangkn kain kalo 5meter mesti pemakainya akan lilit kain tu pada badan, mungkin dlm 10x lilitan..sbb tu kain tu dikatakn kebal...sepanjang kain tu ada ngan aku, xde pape terjadi pon
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 07:51 PM | Show all posts
Hello, Tidak ada bukti ilmiah yang menyokong dakwaan bahawa pemakai kain cindai menjadi 'kebal' atau tidak lut senjata. Kepercayaan ini mungkin berasal dari mitos atau cerita rakyat yang mengaitkan kain tersebut dengan kekuatan magis.     best digital marketing agency in vadodara






Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 11:32 AM | Show all posts
lee_sakura replied at 19-3-2024 02:40 PM
nk kata mistik tak pasti la, cuma nk cerita...kat aku ade sehelai kain cindai panjang 5meter berusia ...

menarik ni. bukan senang nak jumpa orang masih ada kain cindai. milik warisan keluarga ka atau beli daripada orang?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 08:13 PM | Show all posts
lagendahidup replied at 18-7-2024 11:32 AM
menarik ni. bukan senang nak jumpa orang masih ada kain cindai. milik warisan keluarga ka atau bel ...

opis punya
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.043586 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list