CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8199|Reply: 0

[Johor] 4 PPS baharu di buka di Johor Bahru, Segamat

[Copy link]
Post time 9-1-2024 01:18 PM | Show all posts |Read mode

Pasukan penyelamat dari pelbagai agensi membantu memindahkan mangsa banjir sejak hari ketiga pusat bandar ditenggelami air di daerah Kota Tinggi Johor, Johor. FOTO NUR AISYAH MAZALAN

Johor Bahru: Empat pusat pemindahan sementara (PPS) baharu dibuka masing-masing tiga di Johor Bahru dan satu di Segamat menjadikan jumlah PPS yang beroperasi di enam daerah terjejas banjir di negeri ini sebanyak 53 sehingga tengah hari ini.

Bagaimanapun, jumlah mangsa banjir di Johor secara keseluruhannya, sehingga jam 12 tengah hari ini, berkurangan sedikit kepada 7,297 orang daripada 2,057 keluarga berbanding 7,324 orang daripada 2,062 keluarga pada jam 8 pagi tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, Johor Bahru dan Segamat mencatatkan jumlah mangsa banjir yang meningkat selepas empat PPS baharu itu dibuka.

"Dengan tiga PPS baharu menjadikan setakat ini lapan PPS beroperasi di Johor Bahru dengan menempatkan 847 mangsa daripada 235 keluarga.



"Di Segamat pula empat PPS kini beroperasi dengan menempatkan 75 mangsa daripada 21 keluarga.

"Pontian juga mencatatkan penambahan mangsa banjir iaitu kini seramai 22 orang daripada lima keluarga yang berada di sebuah PPS," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, Kota Tinggi masih menjadi daerah paling teruk terjejas, namun jumlah mangsa banjir di daerah itu mencatatkan penurunan kepada 4,676 orang daripada 1,280 keluarga yang ditempatkan di 26 PPS.

"Di Kluang juga jumlah mangsa banjir berkurang kepada 1,591 orang daripada 493 keluarga yang semuanya masih ditempatkan di 13 PPS.

"Hanya jumlah mangsa banjir di Kulai kekal 86 orang daripada 23 keluarga di satu PPS," jelasnya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... johor-bahru-segamat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.318263 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list