CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7085|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Awal pagi pun masih jual jajan

[Copy link]
Post time 15-1-2024 12:23 PM | Show all posts |Read mode

RAJA Nur Faizatul Asyikin Raja Omar. FOTO Saifullizan Tamadi

Kuala Lumpur: 'Boleh hidup ke dengan jual jajan? Jual jajan pun boleh cakap bahasa Inggeris?'

Itu antara soalan berbaur sinis yang pernah diajukan kepada Raja Nur Faizatul Asyikin Raja Omar, 40-an, atau mesra disapa Kak Ikin ketika bersiaran langsung di TikTok untuk menjual snek atau jajan di platform berkenaan.

Raja Nur Faizatul berkata, ada lagi komen yang seolah-olah merendah dan memperlekehkannya, namun tidak dihiraukan kerana niatnya demi mencari rezeki.

Di sebalik imej dan gaya 'ala mak cik' ditonjolkan di laman sosial, Raja Nur Faizatul sebenarnya bukan sembarangan wanita kerana memiliki Ijazah Perakaunan daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah dan pernah bekerja 12 tahun sebagai pengurus percukaian di sebuah firma perakaunan.


Namun, rezeki tidak menyebelahinya apabila diberhentikan kerja pada Mac 2022 menyebabkannya beralih ke bidang perniagaan secara dalam talian.

"Selepas diberhentikan kerja, saya jual pelbagai barang seperti bahan pembuatan kuih dan kain batik sebelum menjual jajan di TikTok pada November 2022.

"Rakan cadangkan saya guna platform TikTok untuk promosikan jualan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pangsapuri Segar, Taman Bukit Segar, di sini.

Menurut Raja Nur Faizatul, dia memilih menjual makanan kerana mengakui gemar makan dan berasakan ia lebih dekat dengan dirinya.

Berhubung cabaran dalam perniagaan, Raja Nur Faizatul berkata, permulaannya amat sukar kerana tiada pendapatan tetap.

"Saya perlu biasakan diri dan bekerja lebih kuat kerana tiada gaji tetap pada hujung bulan.

"Saya banyak berjimat dan keuntungan diperoleh digunakan untuk perbelanjaan harian, lunaskan komitmen dan untuk pusingan modal," katanya.

Raja Nur Faizatul berkata, sambutan pelanggan semakin baik malah ramai yang membuat tempahan berulang.

Katanya, perkongsian video dan sesi siaran langsung dibuat juga banyak membantu mempromosikan perniagaan selain usahanya dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

"Saya tidak kekok bercakap depan kamera kerana pernah masuk pertandingan bercerita waktu sekolah. Cuma, ketika mula live di TikTok dulu, tak ramai tengok, dua atau tiga orang saja.

"Kini, ia ditonton sehingga 200 orang dan pernah mencapai 800 orang,.

"Kebanyakannya suka melihat saya ketawa. Bagaimanapun, ada juga komen negatif dengan mengatakan lebih baik beribadat pada tengah malam daripada bersiaran langsung sampai awal pagi, persoal jual jajan kerana makanan tak sihat dan sentuh bab kebersihan.

"Apa pun komen, saya terima dengan lapang dada dan berterima kasih kepada yang membeli malah tak sangka sokongan di luar jangkaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... un-masih-jual-jajan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.053274 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list