CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9549|Reply: 0

JIPS jumpa 'angpau' dalam lokar, anggota polis disiasat

[Copy link]
Post time 7-2-2024 09:27 AM | Show all posts |Read mode

AZRI, gambar fail. FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) sedang menjalankan siasatan lanjut ke atas seorang anggota polis yang dikesan menyimpan beberapa sampul angpau mengandungi wang tunai yang diragui sumbernya dalam pemeriksaan di Balai Polis Setapak, semalam.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad ketika dihubungi BH, hari ini mengesahkan perkara itu dan memaklumkan satu kertas siasatan tatatertib dibuka terhadap anggota terbabit.

Tanpa mendedahkan jumlah wang yang ditemui, Azri berkata, siasatan selepas ini menjurus untuk memastikan bagaimana wang sebanyak itu boleh berada di dalam simpanan anggota polis terbabit kerana jelas melanggar peraturan tugas.

"Wang itu ditemui ketika pasukan JIPS Bukit Aman melakukan pemeriksaan rawak di balai polis terbabit dan menemui beberapa angpau dan wang tunai dalam simpanan anggota polis berkenaan,



"Bila sejumlah wang itu ditemui, kita perlu pastikan dengan lebih lanjut sama ada wang itu adalah benar-benar miliknya. Bila ada sampul angpau itu juga menjadi tanda tanya, adakah dia ada menerima angpau daripada sesiapa, kerana itu tidak dibenarkan.

"Maka kita perlu bertanya sama ada dia diberi angpau itu, siapa yang memberinya. Maka dia perlu menjawab semua persoalan itu ketika siasatan dalaman nanti untuk kita memastikan berlaku salah laku atau sebaliknya," katanya.

Azri berkata, mengikut prosedur operasi standard untuk anggota yang bertugas di lapangan atau operasi luar seperti sekatan jalankan raya, hanya dibenarkan membawa wang sebanyak RM100.

"Jika bawa wang lebih daripada itu (RM100), anggota perlu mengisytiharkannya kepada penyelia. Namun dalam kes ini, wang itu ditemui dalam lokarnya, maka perkara itu perlu disiasat lebih lanjut," katanya.

Terdahulu, tular satu laporan berhubung pemeriksaan JIPS di Balai Polis Setapak, tengah hari semalam dan pada pemeriksaan di lokar anggota terbabit, pihak JIPS menemui satu beg pinggang mengandungi beberapa sampul angpau serta wang tunai berjumlah RM4,239.

Pemeriksaan lanjut pada beg pinggang dipakai anggota itu turut menemui beberapa sampul angpau mengandungi wang tunai berjumlah RM2,050 dengan keseluruhan wang tunai ditemui sebanyak RM6,289.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... gota-polis-disiasat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.173155 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list