View: 9127|Reply: 0
|
Piala Asia: Akram Afif intai peluang ke Eropah
[Copy link]
|
|
AKRAM diangkat sebagai penerima anugerah MVP dan penjaring terbanyak pada saingan Piala Asia 2023. - AFP
DOHA – Bintang sensasi Qatar, Akram Afif tidak menolak kemungkinan untuk melebarkan sayap ke Eropah selepas dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) dan penerima Kasut Emas pada kempen Piala Asia 2023 kali ini.
Sebagai rekod, Akram telah mencipta sensasi apabila muncul wira Qatar selepas meledak jaringan hatrik dengan menewaskan Jordan di pentas final awal pagi semalam sekali gus mengakhiri kejohanan dengan lapan gol keseluruhan.
Akram yang berusia 28 tahun mengakui berhijrah ke Eropah adalah keinginan buat semua pemain profesional tetapi segalanya bergantung dengan tawaran serta perbincangan dengan keluarga nanti.
“Semua orang mahu bermain di Eropah, tetapi saya perlu fikirkan sebaiknya kerana keputusan bukan sahaja terletak di tangan saya. Bukan mudah untuk tinggalkan negara tercinta, tetapi jika sudah takdir, saya tidak akan menolak.
“Cuma, buat masa ini, saya selesa bermain di kelab Al Sadd (Liga Qatar) dan fokus sekarang adalah untuk meraikan kejayaan menjulang trofi Piala Asia yang kita menangi buat kali kedua berturut-turut,” katanya.
Sementara itu, Akram mendedahkan simbol ‘S’ yang dilakukan ketika meraikan jaringan gol sepanjang kejohanan kali ini didedikasi buat isterinya yang tercinta.
“Huruf S itu adalah untuk isteri saya dan hari ini dia hadir ke stadium buat kali pertama. Saya juga mahu ucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang hadir untuk menaikkan semangat kami di atas padang,” katanya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... -peluang-ke-eropah/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|