View: 8375|Reply: 0
|
Kurangkan perlumbaan di Sepanyol, Itali
[Copy link]
|
|
RIVOLA (tiga kanan) bersama barisan pelumba Aprilia. FOTO AGENSI
Lusail: Massimo Rivola dari Aprilia menyertai bos KTM, Pit Beirer mempersoalkan saiz kalendar MotoGP yang semakin padat.
Selepas 20 pusingan tahun lalu, sebanyak 22 pusingan perlumbaan dirancang untuk musim ini dan dengan pembatalan Argentina bermakna, barisan pelumba akan mengharungi 21 pusingan perlumbaan musim ini.
Rivola yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aprilia berkata, dia adalah salah seorang yang merasai tekanan tambahan pusingan perlumbaan itu.
"Dengan format perlumbaan pecut, pada hari Jumaat anda sudah berada dalam mod kelayakan. Jadi setiap hujung minggu menjelang malam Ahad kami agak letih," katanya.
Rivola menyokong sekiranya lebih banyak perlumbaan dianjurkan di kawasan baharu sambil mencadangkan perlumbaan di Sepanyol iaitu sebanyak empat pusingan dan Itali (dua pusingan) perlu dikurangkan.
"Apabila ada 21 atau 22 (pusingan perlumbaan), itu bermakna ada 42 atau 44 perlumbaan. Sudah pasti ia sangat banyak.
"Jika kita dapat kurang daripada jumlah itu, sudah pasti kita dapat faedahnya. Jika bagus untuk sukan ini, ia adalah sesuatu yang kita perlu duduk bersama Carmelo (Ezpeleta).
"Saya orang Itali, tetapi mungkin kita sepatutnya kurangkan perlumbaan di Itali, kurang perlumbaan di Sepanyol. Jadi kurang perlumbaan di Eropah dan tawarkan perlumbaan di negara yang mempunyai wang.
Daripada 21 pusingan perlumbaan musim ini, 12 daripadanya akan berlangsung di Eropah.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... n-di-sepanyol-itali |
|
|
|
|
|
|
| |
|