CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9214|Reply: 0

[Kelantan] Kelantan mohon subsidi diesel untuk jentera pembersihan

[Copy link]
Post time 19-2-2024 04:43 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan.

Kota Bharu: Kerajaan negeri Kelantan memohon pertimbangan kerajaan Persekutuan untuk pemberian subsidi diesel buat jentera pembersihan kendalian pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata, permohonan itu sudah disampaikan ketika mesyuarat bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, baru-baru ini.

"Kita sudah majukan semasa mesyuarat dengan menteri supaya dipanjangkan kepada KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) di bawah permohonan untuk negeri-negeri yang tidak menerima pakai Akta 672 (Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007).

"Permohonan itu sudah dalam pertimbangan pihak menteri dan kita hanya mengusulkan sahaja kerana PBT yang lain pun mengalami isu sama," katanya ketika melancarkan Kota Bharu Bebas Beg Plastik peringkat Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandaraya Islam (MPKB-BRI) di sini, hari ini.

Hilmi berkata, permohonan itu dibuat berikutan kenaikan kos diesel yang memberi kesan kepada kos pengurusan PBT dalam mengurus sampah.

Sementara itu, katanya, operasi pengurusan sampah akan ditambah baik menjelang Aidilfitri nanti.

"Kita menjangkakan berlaku pertambahan sisa pepejal pada Ramadan ini, namun operasi di tapak pelupusan hanya ditingkatkan pada hari raya (Aidilfitri)," katanya yang memberitahu tapak pelupusan beroperasi di Beris Lalang, Bachok.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... jentera-pembersihan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.050781 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list