View: 3523|Reply: 0
|
Ratcliffe bakal buat penyokong Manchester kembali tersenyum
[Copy link]
|
|
Ratcliffe
London: Bilionair British Jim Ratcliffe menjelaskan bahawa pembelian saham minoriti Manchester United yang selesai semalam adalah satu kehormatan dan tanggungjawab besar dalam mentadbir kelab terbabit.
Pelabur berusia 71 tahun itu kini mengawal operasi kelab yang pernah menjuarai Liga Perdana Inggeris sebanyak 20 kali itu selepas diluluskan Liga Perdana dan Persatuan Bolasepak England minggu lalu.
Pada 24 September tahun lalu, Ratcliffe bersetuju untuk membeli 25 peratus saham United daripada keluarga Glazer dalam satu perjanjian bernilai kira-kira £1.02 bilion( RM6.18 billion).
Berikutan perjanjian itu, pengasas syarikat kimia INEOS terbabit membuat pelaburan tambahan kira-kira USD$200 juta (RM959 juta) sekali gus memegang 27.7 peratus saham dan akan menyuntik lagi USD$100 juta (RM 479 juta) menjelang akhir tahun ini bagi membolehkan pelaburan dalam infrastruktur di Old Trafford.
"Ini menandakan penyelesaian transaksi, tetapi hanya permulaan perjalanan kita untuk membawa Manchester United ke puncak bola sepak Inggeris, Eropah, dan dunia, dengan kemudahan bertaraf dunia untuk peminat kami," kata Ratcliffe dalam satu kenyataan kelab.
"Usaha untuk mencapai objektif terbabit akan dipercepatkan mulai hari ini."
Mengikut rekod, United tidak pernah menjuarai Liga Perdana sejak bekas pengurus, Alex Ferguson, bersara pada tahun 2013 dan kali terakhir menjuarai Liga Juara-Juara pada tahun 2008, dengan nasib mereka di padang semakin merosot dibawah Glazer.
Sudah pastinya, orang Amerika itu tidak popular di kalangan penyokong sejak pengambilalihan berleveraj kelab pada tahun 2005 yang memberikan beban hutang beratus juta dolar kepada kelab.
Sementara itu, Joel Glazer, ketua eksekutif bersama United, berkata: "Saya ingin menyambut Sir Jim sebagai rakan penyelaras dan berharap dapat bekerja rapat dengannya dan INEOS Sport untuk memberikan masa depan yang cerah kepada Manchester United."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... r-kembali-tersenyum |
|
|
|
|
|
|
| |
|