CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2364|Reply: 0

[Selangor] Penduduk di Mukim Kerling, Selangor ramai tua

[Copy link]
Post time 26-2-2024 03:19 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Mukim Kerling, Selangor mencatatkan jumlah penduduk berusia 65 tahun ke atas paling ramai berdasarkan statistik Banci Malaysia 2020: Mukim, Bandar dan Pekan yang diterbitkan Jabatan Perangkaan (DOSM) hari ini.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, terdapat 557 daripada 1,065 mukim di negara ini telah mencapai kategori menua dengan lebih daripada 7.0 peratus penduduknya berusia 65 tahun ke atas.

“Mukim Kerling, Selangor mencatatkan penduduk tertinggi bagi umur 65 tahun dan lebih pada 25.2 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Mohd. Uzir berkata, daripada 260 bandar di Malaysia, 155 telah mencapai kategori menua.

“50 peratus pekan pula telah mencapai kategori menua,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau juga berkongsi mengenai jumlah penduduk di kawasan mukim, pekan dan bandar yang dilaporkan meningkat dalam tempoh 10 tahun.

“Penduduk di mukim meningkat daripada 15.3 juta orang pada 2010 kepada 18.6 juta orang pada 2020. Penduduk di bandar juga meningkat kepada 5.9 juta orang pada 2020 berbanding 5.0 juta orang pada 2010.

“Bagi jumlah penduduk di Pekan turut meningkat kepada 2.0 juta orang pada 2020 berbanding 1.6 juta orang pada 2010,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... selangor-ramai-tua/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.733956 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list