View: 2660|Reply: 0
|
Penang FC idam jadi pasukan dicemburui
[Copy link]
|
|
Pengendali Skuad Harimau Kumbang, Akmal Rizal Ahmad Rakhli. NSTP/DANIAL SAAD
Georgetown: Pengendali Skuad Harimau Kumbang, Akmal Rizal Ahmad Rakhli belum mahu mengumumkan sasaran pasukan itu namun percaya formula menggabungkan pemain muda dan berpengalaman mampu meningkatkan kedudukan pasukan pada tahap lebih baik berbanding sebelum ini.
Beliau berkata, akan memanfaatkan sebaik-baiknya tempoh berbaki kira-kira dua bulan ini untuk mempersiapkan pasukan dan berharap anak buahnya dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan yang diterapkan sekali gus mencapai keserasian serta persefahaman sesama mereka secepat mungkin.
"Saya harap pemain sudah bersedia untuk bersama-sama saya untuk kita gabungkan satu elemen baharu dalam bola sepak Pulau Pinang dan seperti apa yang semua sudah lihat pengumuman sebelum ini, kita ada ramai pemain muda berpengalaman.
"Bagaimanapun saya tak boleh lagi meletakkan sasaran (kedudukan) sebab kita perlu realistik dengan pemain-pemain serta apa yang kita ada dengan hanya tinggal dua iaitu daripada tiga pemain import yang belum diumumkan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Bekas penyerang kebangsaan berusia 42 tahun itu yakin Penang FC (PFC) yang membariskan lima pemain baharu, enam pemain dari skuad bawah 23 tahun PFC dan 14 pemain dikekalkan dari skuad musim lalu dapat bersaing secara sihat untuk merebut slot kesebelasan utama.
Beliau turut berharap, aura pemain berkualiti dari skuad kebangsaan seperti Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman dapat menyuntik semangat rakan sepasukan untuk berusaha meningkatkan mutu permainan masing-masing.
"Saya harap ada persaingan sihat untuk pemain muda berkualiti dan berbakat selain pemain senior yang kita sudah tahu berpengalaman seperti Khairu Azrin, Akmarul Hisham, Al-Hafiz Harun dan Nabil (Ahmad Latpi).
"Semua berpeluang merebut tempat dan saya rasa mereka boleh bergabung dengan baik jadi siapa yang menunjukkan mereka berhak berada dalam kesebelasan utama untuk meyakinkan kami barisan kejurulatihan," katanya.
Akmal Rizal mengakui bukan mudah untuk bersaing dengan pasukan-pasukan negeri lain yang lebih besar namun pihaknya akan berusaha sebaik mungkin mengemudi skuad Harimau Kumbang pada prestasi yang boleh dibanggakan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -pasukan-dicemburui |
|
|
|
|
|
|
| |
|