CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3572|Reply: 0

10 polis terbabit pemerasan ditukar sementara siasatan kes dilengkapkan

[Copy link]
Post time 27-2-2024 12:07 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, beramah mesra bersama tiga anggota yang menerima sijil penghargaan pada Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Johor. NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

JOHOR BAHRU: Kesemua 10 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam yang sebelum ini ditahan bagi kes pemerasan wang tunai RM35,000 sudah ditukarkan ke beberapa IPD dalam Kontinjen Johor.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, berkata tindakan diambil terhadap mereka, sementara menantu siasatan terperinci dijalankan bagi melengkapkan kertas siasatan.

"Kes masih dalam siasatan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan dan nasihat selanjutnya dalam masa terdekat.

"Setakat ini, mereka (suspek) sudah ditukarkan dalam Kontinjen Johor di IPD- IPD lain sementara siasatan dijalankan," katanya ketika sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.



Beliau berkata, pihaknya juga sedang menunggu laporan analisis forensik dan penyata dari Bank Negara Malaysia (BNM) bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

Katanya, kes akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara sebaik sahaja kertas siasatan dilengkapkan.

"Siasatan kes di peringkat akhir sementara menunggu laporan analisis forensik dan penyata daripada BNM.

"Ulasan dan cadangan daripada hasil siasatan akan dikemukakan ke Bahagian Pendakwaan & Undang-Undang (D5) Bukit Aman terlebih dahulu sebelum diangkat ke Jabatan Peguam Negara," katanya.

Awal bulan ini, seorang tukang cuci wanita berusia 41 tahun membuat laporan polis mendakwa seorang anggota polis memintanya RM40,000 bagi membebaskan adiknya yang ditahan berkaitan kes dadah.

Difahamkan, pengadu hadir ke IPD Seri Alam dan menyerahkan wang berjumlah RM35,000 kepada anggota polis berkenaan, namun mendakwa adiknya tetap tidak dibebaskan.

Enam lelaki dan dua wanita yang juga pegawai serta anggota polis IPD Seri Alam itu kemudian ditahan, sebelum dua lagi anggota ditahan beberapa hari kemudiannya.
https://www.bharian.com.my/berit ... an-kes-dilengkapkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.044221 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list